AMAN SETERRA SANCTUARY DILANCARKAN SEBAGAI SANCTUARY PERSARAAN ANTARABANGSA BERINSPIRASIKAN ISLAM PERTAMA DI DUNIA
SIARAN MEDIA
Khamis, 17 April 2025
ALOR SETAR – Dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama persaraan bertaraf antarabangsa, Bina Darulaman Berhad (BDB) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Aman Lagenda Sdn. Bhd. bersama Seterra Holdings Sdn. Bhd. dengan bangganya mengumumkan pembangunan Aman Seterra Sanctuary, Sanctuary Persaraan Antarabangsa berinspirasikan Islam Pertama di dunia.
Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, Raja Shahreen Raja Othman berkata, terletak di Kuala Temoyong, Langkawi, Kedah, projek berkenaan selari dengan perkembangan Ekonomi Perak iaitu sektor ekonomi baharu berskala global yang dijangka akan menghasilkan pendapatan melebihi USD 9.1 trilion menjelang 2029.
Menurut beliau, berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, negara telah melepasi ambang “Masyarakat Menua” pada 2024 dan sekaligus mempercepat permintaan untuk perkhidmatan khusus bagi warga emas dan Aman Seterra Sanctuary bersedia menjadi model komuniti persaraan mampan di Asia Tenggara.
“Aman Seterra Sanctuary akan dibangunkan di kawasan seluas 12.42 ekar dan bakal menjadi Perkampungan Persaraan yang pertama seumpamanya di Malaysia memenuhi keperluan dari seluruh dunia dan dalam masa yang sama turut menyediakan perkhidmatan kepada pesara dan juga warga emas tempatan dengan mengintegrasikan konsep kediaman bebas, bantuan penjagaan, dan penjagaan jangka panjang.
“Terletak di lokasi yang cukup strategik, Aman Seterra Sanctuary ini akan memanfaatkan keindahan alam semula jadi setempat yang mampu menarik kedatangan pesara dari luar negara serta akan dibangunkan dengan reka bentuk bangunan berkonsepkan hijau dan mesra alam di mana ia akan mempunyai taman komuniti dan ruang luar yang menjanjikan gaya hidup mewah pada kadar yang mampu dimiliki,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pertukaran Perjanjian Usahasama Merangkap Perjanjian Pemegang Saham Antara Aman Lagenda Sdn. Bhd. Dan Seterra Holdings Sdn. Bhd yang berlangsung di Menara BDB, Alor Setar, Kedah.
Turut hadir Pengerusi BDB, Sr Haji Che Had Dhali, Pengerusi Kumpulan Seterra Group of Companies, Tuan Haji M Yusof Ahamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Seterra Group of Companies, Rashidi Yahaya.
Untuk rekod, pembangunan Aman Seterra Sanctuary akan memiliki dan menyediakan fasiliti dan infrastruktur yang lengkap serta memenuhi kehendak dan keperluan yang diperlukan oleh para pesara dan warga emas.
Dengan fokus terhadap kesejahteraan menyeluruh, penduduk akan menikmati:
- Pusat Penjagaan Ambulatori Mini dan Klinik Memori untuk penjagaan dementia.
- Program pemulihan dan kesejahteraan khas serta sokongan rohani.
- Ruang sosial termasuk ruang kerja bersama, dapur komuniti, gimnasium, studio yoga, bengkel seni,
- Ruang hiburan dan rekreasi yang dilengkapi dengan perpustakaan, ruang komputer dan digital, ruang riadah dan mainan serta ruang Karaoke.
- Pilihan kediaman iaitu Apartments & Premium Suites (Studio, 2- bilik tidur, 3-bilik tidur).
- Townhouse dengan susun atur empat tingkat dan mempunyai elemen reka bentuk mesra warga emas.
- Ruang solat khusus (Musolla), kaunseling rohani, dan penjagaan etika yang sejajar dengan prinsip Agama Islam—terbuka kepada semua agama sambil mengekalkan sensitiviti budaya.
Tambah Raja Shahreen, selain mentransformasikan kehidupan persaraan, projek ini bakal menjadi pemangkin kepada pertumbuhan Negeri Kedah di mana ia akan menyediakan ratusan peluang baharu pekerjaan terutamanya dalam sektor kesihatan, hospitaliti, pembinaan dan pengurusan serta merangsang perniagaan setempat seperti F&B, peruncitan dan perkhidmatan sokongan.
Ujar beliau, di samping itu, ia dijangka dapat memposisikan Kedah sebagai hab ‘Ekonomi Perak’ di Malaysia yang mampu untuk menarik pelaburan dan minat pelabur antarabangsa khususnya dalam sektor pelancongan persaraan.
“Kita menjangkakan Aman Seterra Sanctuary ini dapat meningkatkan potensi pelancongan perubatan dengan menarik minat pesara daripada negara seperti Jepun, Australia, Singapura, United Kingdom dan juga Eropah.
“Perkembangan ini mampu untuk meletakkan Malaysia sebagai Hab Persaraan di rantau ini sekaligus menjadi pencetus bagi memanfaatkan potensi Ekonomi Perak yang bernilai trilion dolar Amerika Syarikat,” jelasnya.
Untuk rekod, pada 24 April 2025 Raja Shahreen akan menyampaikan ucapan dalam sesi bicara di Pavilion Malaysia bersempena dengan Ekspo Dunia 2025 Osaka, Kansai, Jepun yang dijadualkan berlansung selama enam bulan bermula 13 April hingga 13 Oktober 2025.
Pada sesi bicara tersebut, Raja Shahreen akan mengupas topik mengenai ‘Aman Seterra – Investing and Developing Malaysia’s First Retirement & Affordable aged care village in Langkawi, Malaysia’.
————————————————————————————————————–
AMAN SETERRA SANCTUARY LAUNCHES AS WORLD’S FIRST INTERNATIONAL ISLAMIC-INSPIRED RETIREMENT SANCTUARY IN LANGKAWI
MEDIA RELEASE
Thursday, 17th February 2025
ALOR SETAR – In a landmark move to position Malaysia as a premier international retirement destination, Bina Darulaman Berhad (BDB), through its wholly-owned subsidiary Aman Lagenda Sdn. Bhd., in collaboration with Seterra Holdings Sdn. Bhd. is proud to unveil Aman Seterra Sanctuary, The World First International Islamic-Inspired Retirement Sanctuary.
BDB Group Executive Director, Raja Shahreen Raja Othman said strategically located in Kuala Temoyong, Langkawi, this visionary development aligns with the burgeoning Silver Economy, a global sector projected to exceed USD 9.1 trillion by 2029.
He added that based on statistics from the Department of Statistics Malaysia, Malaysia has crossed the threshold of an “Aging Society” in 2024, thus the demand for specialized senior care and retirement communities have surged. Aman Seterra Sanctuary is set to redefine retirement living by integrating independent living, assisted living, and long-term care within a sustainable, eco-friendly environment.
“This visionary project spans 12.42 acres and is the first in Malaysia tailored to serve both international retirees and local senior citizens. It integrates independent living, assisted care, and long-term support in a single, purpose-built community.
“Strategically located amidst the natural beauty of Langkawi, Aman Seterra Sanctuary will incorporate eco-friendly design principles, community gardens, and open green spaces, offering retirees a serene, resort-style environment with the comforts of modern living—at an affordable price point,” said Raja Shahreen in a statement today.
He made these remarks after attending the Exchange of Joint Venture Agreement and Shareholders Agreement between Aman Lagenda Sdn. Bhd. and Seterra Holdings Sdn. Bhd. held at Menara BDB, Alor Setar, Kedah.
The event was attended by key stakeholders, including BDB Chairman, Sr. Haji Che Had Dhali, Group Chairman of Seterra Group of Companies, Tuan Haji M Yusof Ahamad and Group Chief Executive Officer of Seterra Group of Companies, Rashidi Yahaya.
Aman Seterra Sanctuary will offer comprehensive infrastructure and lifestyle amenities designed to support physical, mental, and spiritual well-being, including:
- A Mini Ambulatory Care Centre and Memory Clinic for dementia and cognitive care.
- Specialized rehabilitation, wellness programs, and spiritual support services.
- Social spaces including co-working areas, community kitchens, gyms, yoga studios, and art workshops.
- Recreational and entertainment facilities such as libraries, digital hubs, leisure areas, and karaoke rooms.
- Residential options ranging from Studio, 2-bedroom, and 3-bedroom Apartments & Premium Suites to 4-storey Townhouses, all featuring senior-friendly designs.
- Dedicated prayer facilities (Musolla), spiritual counselling, and culturally inclusive ethical care rooted in Islamic principles but open to all faiths.
Raja Shahreen also highlighted the project’s wider economic impact, noting its potential to generate hundreds of employment opportunities across healthcare, construction, hospitality, and facility management sectors. It is also expected to benefit local SMEs, particularly in F&B, retail, and support services.
“Beyond enhancing retirement living, Aman Seterra Sanctuary will serve as a strategic driver of Kedah’s economy and help establish the state as a key hub within the broader ‘Silver Economy’. It will attract international interest, particularly from retirement markets such as Japan, Australia, Singapore, the United Kingdom, and across Europe,” he added.
“With this initiative, BDB and Seterra aim to position Malaysia as the preferred retirement destination in the region—setting the stage for long-term growth in medical and retirement tourism,” he said.
For the record, Raja Shahreen is scheduled to deliver a speech on April 24, 2025, during a talk session at the Malaysia Pavilion, held in conjunction with World Expo 2025 in Osaka, Kansai, Japan. The Expo will take place over six months, running from April 13 to October 13, 2025.
During the session, Raja Shahreen will speak on the topic “Aman Seterra – Investing in and Developing Malaysia’s First Retirement and Affordable Aged Care Village in Langkawi.”


