Bina Darulaman Peroleh Kontrak RM252 Juta Penyelenggaraan Jalan Di Kedah Selama 5 Tahun

KUALA LUMPUR 20 Mei – Bina Darulaman Berhad (BDB) melalui anak syarikatnya, BDB Infra Sdn Bhd memperoleh kontrak penyelenggaraan jalan negeri bernilai RM251.65 juta daripada Kerajaan Kedah.

Menurut maklumannya kepada Bursa Malaysia, kontrak selama 60 bulan itu   jalan di Zon 1 yang merangkumi daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Padang Terap dan Pokok Sena.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Che Abdul Khalid Md Din berkata, penganugerahan tender tersebut mencerminkan keyakinan berterusan kerajaan negeri terhadap kemampuan dan BDB Infra.

“Kontrak ini merupakan satu pengiktirafan bermakna kepada kumpulan atas pengalaman sertarekod prestasi kami dalam sektor penyelenggaraan infrastruktur dan pembinaan jalan raya,” jelasbeliau.

BDB ujarnya dalam kenyataan, komited memastikan projek ini dilaksanakan mengikut spesifikasi dan standard ditetapkan demi menjamin keselamatan serta keselesaan pengguna jalan raya di Kedah.

Tambah Che Abdul Khalid, kontrak tersebut dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan prestasi kewangan kumpulan berkenaan selama lima tahun bagi   dari 2026 hingga 2031.

Katanya, projek berkenaan juga dijangka merangsang pembangunan infrastruktur negeri serta memberi limpahan ekonomi kepada komuniti setempat melalui peluang pekerjaan dan rantaian bekalan tempatan.

“BDB Infra merupakan kontraktor Gred G7 yang mempunyai pengalaman luas lebih 50 tahun dalam kerja penyelenggaraan dan pembinaan jalan raya serta operasi kuari di utara Semenanjung,” jelasnya lagi.

Syarikat berkenaan ujar beliau, sejak 2015 menerima pelbagai kontrak penyelenggaraan jalan raya daripada Kerajaan Kedah secara berterusan yang membabitkan beberapa daerah di negeri tersebut. ProgramSokongan PKS

Kumpulan pegangan pelaburan berkenaan terlibat aktif dalam pembangunan hartanah, pembinaan, kerja jalan raya, kuari, rekreasi dan tenaga boleh diperbaharui (RE) menerusi beberapa anak syarikatnya.

Ini termasuk BDB Land Sdn Bhd, Kedah Holdings Sdn Bhd, BDB Energy Sdn Bhd, BDB Leisure Sdn, BDB Darulaman Golf Resort Berhad, Darulaman Sanctuary, dan BDB Synergy Sdn. Bhd.

 

Share:

More Posts

Bina Darulaman Berhad © All Rights Reserved 2022