Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan kunjungan hormat dan sesi perbincangan bersama Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Kedah, YBhg. Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., SDK., AMK., BCK., bertempat di Pejabat Pengarah PTG.
Delegasi BDB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Encik Che Abdul Khalid Md Din dan turut disertai oleh Ketua Pembangunan Perniagaan, Encik Ts. Zawawi Wahab.
Sesi perbincangan ini turut memberi gambaran keseluruhan mengenai operasi Kumpulan BDB, termasuk peranan syarikat dan anak-anak syarikat serta aktiviti perniagaan yang dijalankan.
Sesi ini turut memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi pandangan dan bertukar maklumat berkaitan peranan serta hala tuju BDB dalam menyokong pembangunan ekonomi Negeri Kedah.

Share:

More Posts

Bina Darulaman Berhad © All Rights Reserved 2022