
Sebanyak 10 buah sekolah di negeri Kedah telah terpilih untuk menerima sumbangan bernilai RM10,000 hasil daripada kutipan yang dikumpul pada perlawanan amal bersempena kejohanan BDB Masters & Charity Golf 2024 lalu.
Oleh yang demikian, Jabatan Komunikasi Korporat dengan kerjasama Jabatan Government Liaison dan BDB Darulaman Golf Resort Berhad telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada wakil 10 sekolah berkenaan sepanjang Februari lalu.
Untuk tujuan tersebut, wakil daripada Jabatan Komunikasi Korporat iaitu Puan Nazira Abdul dan Puan Hanan ‘Izzati Mansor bersama wakil Jabatan Government Liaison, Puan Siti Nurziella Ahamd Tajuddin telah hadir ke salah satu sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Kampong Setar bagi menyampaikan sumbangan tersebut.
Kehadiran delegasi daripada Bina Darulaman Berhad tersebut disambut oleh Guru Besar sekolah berkenaan iaitu Encik Mohd Islakh Abdul Kadir dan sumbang telah diserahkan kepada beliau mewakili pihak sekolah berkenaan.
Antara sekolah-sekolah lain yang menerima sumbangan tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Labu Besar, Sekolah Menengah Kebangsaan Labu Besar, Sekolah Kebangsaan Seri Muda, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Seri Indera Putera, Sekolah Kebangsaan Tebengau, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Bendahara, Sekolah Kebangsaan Seri Mahawangsa, Sekolah Menengah Kebangsaan Bongor dan Sekolah Model Khas Baling.



