BDB Darulaman Golf Resort Berhad (BDGRB) telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-32 di Bilik Bunga Raya, Darulaman Golf & Country Club (DGCC), Jitra.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Dato’ Haji Abdul Rahman Abdullah, Pengerusi BDGRB, serta dihadiri oleh Ahli-ahli Lembaga Pengarah, para pemegang saham, tetamu jemputan dan pengurusan kanan Kumpulan Bina Darulaman Berhad.

Antara agenda utama mesyuarat ialah pembentangan Laporan Tahunan 2025, prestasi syarikat serta perancangan pembangunan infrastruktur dan penambahbaikan kemudahan di DGCC.

Mesyuarat turut diakhiri dengan sesi soal jawab yang berlangsung secara profesional dan konstruktif antara Ahli Lembaga Pengarah serta para pemegang saham.

Share:

More Posts

Bina Darulaman Berhad © All Rights Reserved 2022