BDB AGIH JUADAH BERBUKA PUASA KEPADA KELAB MEDIA ELIT KEDAH (KMEK)

 

Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan agihan juadah berbuka puasa kepada Kelab Media Elit Kedah (KMEK).

Sumbangan juadah berbuka puasa ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada jasa para petugas media yang sering kali berkhidmat tanpa mengira waktu dan keadaan cuaca, lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan, terutamanya tentang isu-isu semasa ketika ini.

Melalui inisiatif ini, BDB mengharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dengan rakan-rakan media yang sering memberi kerjasama dalam menyebarkan maklumat mengenai aktiviti dan pencapaian Kumpulan BDB kepada masyarakat.

Diharapkan dengan sumbangan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban para petugas media yang bertugas mengejar liputan sepanjang bulan puasa.

Semoga sumbangan juadah berbuka puasa kepada KMEK ini dapat mengukuhkan lagi jalinan ukhuwah antara Kumpulan BDB dengan rakan-rakan media selaku penyampai maklumat yang amat penting pada masa kini.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#spiritofachievement

MAJLIS IFTAR KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD

 

Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah menganjurkan Majlis Iftar tahunan bagi tahun 2024/1445H di yang bertempat di The Tent, Darulaman Park, Jitra, Kedah pada 14 Mac lalu.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, YM Raja Shahreen Raja Othman, Pengerusi BDB, Tuan Haji Sr. Che Had Dhali, pengurusan kanan, ketua jabatan, dan serta warga kerja Kumpulan BDB.

Antara pengisian Majlis Iftar berkenaan ialah kuliah Ramadan bertajuk ‘Hikmah Berpuasa’ yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Rizal Mat Zainon yang penuh dengan nasihat dan pengajaran berharga tentang hakikat puasa yang sebenar.

Acara kemuncak pada majlis tersebut sudah pastilah berbuka puasa bersama-sama kesemua warga kerja Kumpulan BDB yang hadir. Kemudian hadirin menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Iftar Kumpulan BDB tahun ini dan diharapkan ia akan diteruskan serta menjadi acara tahunan.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement

MAJLIS PENGAGIHAN KURMA SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADAN 2024 KEPADA KAKITANGAN KUMPULAN BDB

 

Majlis Pengagihan Kurma sempena menyambut bulan Ramadan 2024 kepada kakitangan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah diadakan semalam di Menara BDB, Alor Setar yang disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, YM Raja Shahreen Raja Othman.

Turut menghadiri majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Kewangan, Mohd Nasir Ismail, Chief People Officer, Mohd Taufik Abdullah serta pengurusan kanan BDB yang lain.

Majlis berkenaan merupakan program tradisi tahunan Kumpulan BDB yang dianjurkan oleh Komunikasi Korporat bertujuan untuk bersama-sama menyemarakkan sambutan bulan Ramadan.

Di samping itu, ia secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan di antara pengurusan kanan syarikat dan juga kakitangan dan diharapkan dapat bersama-sama menunaikan ibadah puasa dengan penuh keberkatan dan kesabaran pada Ramadan tahun ini.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#spiritofachievement

SIRI SUKAN LASAK BDB CHALLENGE KINI KEMBALI

 

Bina Darulaman Berhad (BDB) kembali dengan penganjuran siri sukan lasak BDB Challenge 2024 yang menawarkan tiga acara sukan lasak kepada mereka yang ingin menguji ketahanan serta kekuatan fizikal dan mental.

Encik Zawawi Wahab, mewakili Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, Raja Shahreen Raja Othman berkata BDB Challenge 2024 merupakan kesinambungan kepada penganjuran BDB Triple Challenge yang pernah dianjurkan pada tahun 2016 dan 2017 serta BDB Challenge 2018.

Menurut beliau, BDB Challenge 2024 tampil dengan wajah baharu di mana tiga siri sukan lasak yang berbeza diperkenalkan pada edisi kali ini iaitu BDB Langkawi Climb (28 dan 29 Jun 2024), BDB Jitra Duathlon (26 dan 27 Julai 2024) dan BDB Jitra Half Marathon (29 dan 30 November 2024.).

“BDB Challenge 2024 dijangka mampu untuk menarik pelbagai penggemar sukan lasak di mana pada kali ini mereka boleh menyertai pelbagai jenis disiplin seperti mendaki, memanjat, berbasikal serta marathon.

“Untuk ketiga-tiga siri berkenaan BDB menyasarkan 500 orang peserta masing-masing bagi BDB Langkawi Climb dan BDB Jitra Duathlon manakala 2,000 peserta bagi BDB Jitra Half Marathon yang sememangnya sudah mempunyai pengikut tegarnya tersendiri.

“Dalam masa yang, BDB Challenge 2024 juga ingin memperkenalkan kembali Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang, Langkawi yang merupakan destinasi eko-pelancongan kepada orang ramai di samping mempromosikan gaya hidup sihat terutamanya dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Pelancaran BDB Challenge 2024 yang telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Kubang Pasu, Muhamad Mahazi Ibrahim di Darulaman Park, Bandar Darulaman, Jitra, Kedah.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Badrulhisham Sulaiman, Ketua Balai Polis Jitra, ASP Radzi Md Isa dan Ketua Polis Trafik Daerah Kubang Pasu, ASP Muhammad Juhaisam Jusoh.

BDB sebagai anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah sentiasa menjadikan Pelan Pembangunan Kedah 2035 (PPK 2035) sebagai sasaran kepada setiap perancangan strategik perniagaan yang dibuat bagi membolehkan mendapatkan manfaat sejajar dengan hasrat yang telahpun dirancang.

Jelas beliau, antara salah satu intipati PPK 2035 ialah Teras 3 berkenaan aspek keterangkuman sosial dan budaya. salah satu strategi di dalam berkenaan adalah mengukuhkan integrasi sosial, nilai murni dan gaya hidup aktif dan sihat.

“Untuk mencapai matlamat Teras 3 tersebut BDB berusaha untuk membantu Kerajaan Negeri menerusi penganjuran acara sukan seperti BDB Challenge 2024 ini sebagai salah satu inisiatif dalam memastikan rakyat Kedah khususnya mengamalkan gaya hidup sihat.

“Rakyat yang sihat mental dan fizikal sudah pasti akan membolehkan penghasilan produktiviti yang tinggi sekaligus ia akan membantu memacu Negeri Kedah mencapai sasaran yang telah ditetapkan menjelang tahun 2035,” ujarnya.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement
#BDBChallenge2024

BDB JALIN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA GADANG HOLDINGS BERHAD

 

Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan perbincangan bersama Gadang Holdings Berhad di ibu pejabat syarikat tersebut di Kuala Lumpur.

Mewakili pihak BDB adalah Pengarah Eksekutif, YM Raja Shahreen Raja Othman dan Ketua Pegawai Sokongan, Encik Abdul Shukor Abdul Rahman. Sementara itu, Gadang Holdings Berhad telah diketuai oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri Dato’ Kok Onn beserta pengurusan kanan.

Kedua-dua belah pihak telah meluangkan masa untuk berbincang dan berkongsi pandangan mengenai pelbagai potensi kerjasama di masa hadapan yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua organisasi. BDB dan Gadang Holdings Berhad bersetuju untuk meneroka bidang-bidang yang berpotensi ini secara lebih mendalam.

Hasil pertemuan ini diharapkan dapat memantap dan mengukuhkan kerjasama strategik antara BDB dan Gadang Holdings Berhad pada masa hadapan.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement

LAWATAN TAPAK SETERRA GROUP OF COMPANIES DI KUALA TEMOYONG

 

Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan lawatan tapak bersama Seterra Group of Companies di Kuala Temoyong.

Lawatan tapak ini diketuai oleh Pengarah Eksekutif BDB, YM Raja Shahreen Raja Othman dan turut serta Ketua Pegawai Sokongan, Encik Abdul Shukor Abdul Rahman, Ketua Divisyen Pembangunan Hartanah, Zawawi Wahab, dan Head of Township, Aman Nusa & Temoyong, Shafizan Ahmad.

Sementara itu, dari pihak Seterra, turut hadir Group Chief Executive Officer, Rashidi Yahaya, Director, YM Raja Dhiyauddin Raja Amir dan Group Chief Strategic Officer, Sharifah Ma’arof.

Lawatan ini merupakan langkah penting dalam memastikan kerjasama yang kukuh antara kedua-dua syarikat dalam membangunkan projek ini. Pihak BDB berharap bahawa cadangan pembangunan di Kuala Temoyong akan membawa manfaat yang besar kepada masyarakat setempat dan memperkukuhkan lagi hubungan antara BDB dan Seterra Group of Companies.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement

JALINAN KERJASAMA BAGI PROJEK PENGURUSAN SISA INDUSTRI ANTARA BINA DARULAMAN BERHAD DAN SHANGHAI YOUZHU INDUSTRY CO. LTD.

Bina Darulaman Berhad (BDB) mengumumkan jalinan kerjasama antarabangsa bersama Shanghai Youzhu Industry Co. Ltd. (Shanghai Youzhu) dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi melaksanakan projek pengurusan sisa industri secara inovatif serta inisiatif BDB untuk menyumbang kepada kelestarian alam sekitar melalui pembangunan yang mampan.

Pengarah Eksekutif BDB, YM Raja Shahreen Raja Othman berkata usahasama ini adalah selari dengan Teras 6 Pelan Pembangunan Kedah 2035 (PPK 2035) yang melibatkan kemampanan alam sekitar serta merupakan komponen penting kepada Pelan Strategik BDB.

Majlis menandatangani MOU berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Kedah, YAB. Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr. Haim Hilman Abdullah, Pengerusi BDB, Sr Haji Che Had Dhali, Ketua Pegawai Operasi BDB, Mohd Sobri Hussein, Presiden Shanghai Youzhu Industry Co. Ltd., Yu Qiang, Presiden XREP, Rakan Strategik Youzhu/Jiahui, Shi Yihang dan Community Senior Procument Director, Austria Technologie & Systemtechnik Aktiengesellschaft (AT&S) Malaysia, Xie Zun Xian.

Dalam pada itu, YM Raja Shahreen Raja Othman memaklumkan bahawa BDB memilih untuk bekerjasama dengan Shanghai Youzhu berdasarkan kepakaran dan pengalaman mereka selama 27 tahun dalam menguruskan proses keseluruhan rantaian bekalan bahan kimia industri serta memiliki pengalaman lebih 10 tahun dalam pemulihan dan pengurusan sisa pepejal termasuklah sisa yang berbahaya dan terjadual, proses kitar semula sisa buangan dan mempunyai sistem pengurusan sisa industri secara holistik.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement

KUNJUNGAN HORMAT BDB-UUM JALIN KERJASAMA STRATEGIK

Pengarah Eksekutif Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB), Raja Shahreen Raja Othman telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), YBhg. Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan.

Turut hadir bersama Ketua Pegawai Operasi, Mohd Sobri Hussein, Ketua Divisyen Pembangunan Hartanah, Zawawi Wahab, Ketua Pegawai Sokongan, Encik Abdul Shukor Abdul Rahman, Ketua Divisyen Kejuruteraan, Pembinaan & Kuari, Encik Tahir Md Zin, Pengurus Besar BDB Infra Sdn Bhd, Zakba Shafie, Ketua Bahagian Jualan dan Pemasaran, Samshul Anor Ahmad, Ketua Jabatan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), Encik Aswat Abu Bakar.

Kunjungan hormat ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan strategik kedua-dua organisasi melalui perbincangan pelbagai inisiatif baharu. Selain itu juga, pihak BDB menawarkan kepakaran dalam projek-projek pembangunan hartanah dan penyelenggaraan infrastruktur di dalam kampus UUM.

Dengan sesi perjumpaan tersebut, BDB berharap hubungan strategik yang telah terjalin akan memberi perkembangan positif serta membuahkan inisiatif yang mana UUM dan BDB dapat berusaha sama pada masa akan datang.

#Kedah

#BinaDarulamanBerhad

#SpiritOfAchievement

BDB JITRA HALF MARATHON 2023 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

BDB Jitra Half Marathon 2023 (BDB JHM 2023) telah berlangsung dengan jayanya pada Sabtu, 02 Disember 2023 di mana pelepasan peserta bermula pada jam 3.30 pagi dan tamat pada jam 10.30 pagi.

Acara larian ini merupakan acara larian tahunan anjuran anak syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB), BDB Leisure Sdn Bhd (BDB Leisure) telah berjaya menarik seramai 1,600 peserta untuk menyertai pada penganjuran kali ini.

BDB JHM 2023 (BDB Challenge) mempertandingkan sembilan kategori dengan menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM13,000 berserta dengan hadiah cabutan bertuah yang turut dibawa pulang oleh para peserta larian yang bernasib baik.

Pelepasan peserta bagi kategori 21KM dan 10KM telah dilakukan tepat pada jam 3.30 pagi dan 6.30 pagi dan disempurnakan oleh Ketua Anak Syarikat Divisyen Leisure, Encik Adnan Bin Mohd Amer dan Encik Muhammad Hanif Bin Mohamad Ismail selaku Pengarah BDB JHM 2023. Seramai 610 peserta bagi kategori 21KM dan 222 peserta bagi kategori 10KM yang menyertai BDB Jitra Half Marathon pada tahun ini.

Acara BDB JHM 2023 telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengerusi Bina Darulaman Berhad, Sr. Haji Che Had Bin Dhali di mana beliau hadir bagi melepaskan peserta kategori 5KM Fun Run dan menyempurnakan sesi penyampaian hadiah.

Pelepasan kategori 5KM Fun Run dilakukan pada jam 7.30 pagi dan disempurnakan oleh Sr Haji Che Had Bin Dhali sambil diiringi oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Kubang Pasu, Encik Mohd Khairul Nizam bin Abd Latif dan En Adnan Bin Mohd Amer. Acara senaman Aerodance turut diadakan bagi memeriahkan para peserta yang hadir ke acara ini.

Pada jam 9.00 pagi, acara penyampaian hadiah diadakan di dalam Dewan The Tent dan disempurnakan oleh Sr. Haji Che Had Bin Dhali di mana para pemenang setiap kategori masing-masing menerima hadiah wang tunai dan sambil diselang-seli dengan sesi cabutan bertuah.

Berikut merupakan senarai keputusan rasmi dan gambar bagi pemenang-pemenang, https://results.checkpointspot.asia/results.aspx…

BDB Leisure ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua peserta yang berjaya menyertai acara larian di BDB JHM 2023. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak berkuasa tempatan dan penaja yang memberikan sokongan penuh kepada penganjuran pada tahun ini dan diharapkan akan berkekalan pada edisi seterusnya.

JUMPA ANDA SEMUA PADA TAHUN 2024!

#BinaDarulamanBerhad

#Kedah

#spiritofachivement

PROGRAM KEMPEN DERMA DARAH DI MENARA BDB

Kempen Derma Darah anjuran Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dengan kerjasama Bina Darulaman Berhad (BDB) telah diadakan dengan jayanya di Menara BDB Alor Setar.

Kempen tersebut mendapat sambutan dari pelbagai pihak termasuk kakitangan syarikat di Menara BDB dan orang awam.

Seramai 17 orang penderma telah hadir ke Program Derma Darah di Menara BDB.

Antara objektif program ialah bagi memberikan kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan menderma darah yang boleh menyelamatkan nyawa. Selain itu, ianya dilaksanakan bagi menangani masalah kekurangan darah dalam tabung darah di hospital kerajaan dan swasta.

Pendermaan darah hari ini dilakukan bagi tujuan keperluan bekalan darah untuk pesakit mendapat rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Pihak HSB menyatakan hasrat untuk ingin terus bekerjasama dengan pihak BDB bagi meningkatkan kesedaran menderma darah dalam kalangan masyarakat khususnya bagi memastikan stok darah sentiasa stabil.

#Kedah

#BinaDarulamanBerhad

#SpiritOfAchievement