New Straits Times: Bina Darulaman to develop Malaysia’s first global senior living hub

KUALA LUMPUR: Bina Darulaman Bhd’s subsidiary, Aman Lagenda Sdn Bhd (ALSB), has entered into a joint venture and shareholders agreement (JVSA) with Seterra Holdings Sdn Bhd to develop a premier international hub for retirement, senior living and assisted living services.

In a filing with Bursa Malaysia, Bina Darulaman said the JVSA is contingent on the fulfilment of several condition precedents (CPs) with both ALSB and Seterra committed to undertaking the necessary steps to meet them.

It added that the CPs must be fulfilled within six months from the date of the agreement, with an automatic six-month extension if needed.

The JVSA forms part of the progress following Bina Darulaman’s venture into the silver economy through elder care services in Langkawi, which was announced on Aug 8, 2024.

“The company will provide regular updates on the progress of the JVSA,” it said in the filing.

In a separate filing, Bina Darulaman said it has unveiled Aman Seterra Sanctuary, the world’s first international islamic-inspired retirement sanctuary.

Its group executive director Raja Shahreen Raja Othman said the project, situated in Kuala Temoyong, Langkawi, is in line with the rapidly growing silver economy, which is expected to surpass US$9.1 trillion by 2029.

“This visionary project spans 12.42 acres and is the first in Malaysia tailored to serve both international retirees and local senior citizens. It integrates independent living, assisted care, and long-term support in a single, purpose-built community.

“Aman Seterra Sanctuary will incorporate eco-friendly design principles, community gardens, and open green spaces, offering retirees a serene, resort-style environment with the comforts of modern living, at an affordable price point,” he said.

https://www.nst.com.my/business/corporate/2025/04/1203249/bina-darulaman-develop-malaysias-first-global-senior-living-hub

Berita Harian: Perkampungan Persaraan Berinspirasikan Islam Pertama Dunia Dibina Di Langkawi

ALOR SETAR: Bina Darulaman Bhd (BDB) merancang membangunkan Aman Seterra Sanctuary, perkampungan persaraan antarabangsa berinspirasikan Islam yang pertama di dunia.

Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, Raja Shahreen Raja Othman, berkata statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan negara ini melepasi ambang masyarakat menua pada tahun lalu.

Katanya, ini akan menyebabkan permintaan bagi perkhidmatan khusus bagi warga emas akan meningkat dan pihaknya bersedia menjadi model kepada penyediaan komuniti persaraan mampan.

“Aman Seterra Sanctuary akan dibangunkan di kawasan seluas lima hektar di Kuala Temoyong, Langkawi yang menjadi penempatan persaraan pertama seumpamanya di Malaysia dan memenuhi keperluan dari seluruh dunia.

“Ia akan menyediakan perkhidmatan kepada pesara dan juga warga emas tempatan dengan mengintegrasikan konsep kediaman bebas, bantuan penjagaan, dan penjagaan jangka panjang,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, BDB melalui anak syarikat milik penuhnya, Aman Lagenda Sdn Bhd menandatangani perjanjian usaha sama dan perjanjian pemegang saham bersama Seterra Holdings bagi pembangunan projek berkenaan.

Turut hadir, Pengerusi BDB, Che Had Dhali; Pengerusi Eksekutif Seterra Group of Companies, M Yusof Ahamad dan Ketua Pegawai Eksekutif, Seterra Group of Companies, Rashidi Yahaya.

Raja Shahreen berkata, Aman Seterra Sanctuary dibangunkan di lokasi strategik yang akan memanfaatkan keindahan alam semula jadi setempat bagi menarik kedatangan pesara dari luar negara.

“Kita menjangkakan Aman Seterra Sanctuary dapat meningkatkan potensi pelancongan perubatan dengan menarik minat pesara dari negara seperti Jepun, Australia, Singapura, United Kingdom (UK) dan Eropah.

“Ini akan meletakkan Malaysia sebagai hab persaraan di rantau ini, sekali gus menjadi pencetus bagi memanfaatkan potensi ‘ekonomi perak’ yang bernilai trilion dolar Amerika Syarikat (AS),” katanya.

https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2025/04/1385633/perkampungan-persaraan-berinspirasikan-islam-pertama-dunia-dibina-di

Majlis Menandatangani Perjanjian Pemuliharaan di antara BDB, MFF, ByteDance System Sdn. Bhd. dan BDB Infra Sdn. Bhd

SIARAN MEDIA
Rabu, 26 Februari 2025

BDB MENJADI ENTITI PERTAMA MALAYSIA YANG DIIKTIRAF DI BAWAH PROGRAM SIJIL PEMULIHARAAN HUTAN (FCC)

KUALA LUMPUR – Bina Darulaman Berhad (BDB) mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi entiti pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan dan terpilih untuk berdaftar di dalam program Sijil Pemuliharaan Hutan (FCC) yang dibangunkan oleh Malaysia Forest Fund (MFF), agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, Raja Shahreen Raja Othman berkata BDB menerusi anak syarikat penuh miliknya, Darulaman Sanctuary Sdn. Bhd menjadikan Darulaman Sanctuary yang terletak di Lubuk Semilang, Langkawi sebagai sebagai model contoh untuk tujuan dan kegiatan pemuliharaan hutan bagi memastikan perlindungan kepada flora dan fauna di Malaysia.

Menurut beliau, pengiktirafan yang diterima oleh BDB tersebut telah mendapat perhatian oleh ByteDance System Sdn. Bhd. iaitu syarikat dan jenama terkemuka di dunia untuk menyumbang kepada usaha dan kegiatan pemuliharaan hutan dan perlindungan flora dan fauna di Darulaman Sanctuary.

“ByteDance System Sdn. Bhd. telah memberikan komitmen dan bersetuju memyumbang sebanyak RM 176,380.00 berserta dengan BDB Infra Sdn Bhd. (BDB Infra) iaitu anak syarikat BDB turut serta dengan mengeluarkan sumbangan sebanyak RM700,000.00 atas tujuan yang sama.

“Ini adalah merupakan satu permulaan yang positif bagi BDB untuk menggerakkan dan memulakan program yang dirancangan di bawah FCC dan dengan penglibatan dan kerjasama yang terjalin dengan syarikat besar seperti ByteDance System Sdn. Bhd. diharapkan akan meningkatkan lagi kredibiliti BDB sekaligus dapat mencapai sasaran sumbangan dana sebanyak RM10 juta pada masa hadapan.

“Perkongsian dengan syarikat korporat dan swasta sebagai penderma di bawah program FCC ini juga akan membolehkan BDB memperbanyakkan lagi usaha dan inisiatif ke arah usaha konservasi dan pengurusan hutan yang akan memberikan kesan jangka panjang yang baik bukan sahaja untuk Malaysia malahan dunia keseluruhannya sekaligus menjadi antara penyumbang utama kepada agenda kelestarian negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Pemuliharaan di antara BDB, MFF, ByteDance System Sdn. Bhd. dan BDB Infra yang turut disaksikan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad yang berlangsung di Hotel Sheraton Imperial, di sini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Kelestarian Alam), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Nor Yahati Awang dan Ketua Pegawai Eksekutif MFF, Dato’ Mohamed Shah Redza Hussein.

Tambah Raja Shahreen lagi, bagi memastikan program yang dirancangan di bawah program FCC berjalan dengan jayanya, BDB telahpun merangka pelbagai inisiatif bagi menepati kehendak dan keperluan sejajar dengan tema yang telah ditetapkan iaitu “Nurturing Nature’s Wealth: A Gift for the Generations Ahead”.

Ujar beliau, menerusi penglibatan dalam program FCC ini, Darulaman Sanctuary akan memfokuskan kepada lima komponen utama iaitu penglibatan komuniti setempat secara aktif dalam usaha pemuliharaan dan memupuk kesedaran alam semulajadi serta memberi penekanan berkenaan perubahan iklim menerusi usaha pemuliharaan hutan dan juga kepentingan pengurusan karbon dan ekosistem.

“Di samping itu juga, antara perancangan lain ialah mempromosi Pendidikan Eko-Pelancongan dengan mendidik orang ramai untuk meningkatkan lagi kesedaran bagi meminimumkan kesan pelancongan kepada alam sekitar serta meningkatkan kesedaran tentang perlindungan terhadap spesis terancam dan memelihara biodoversiti yang ada di Darulaman Sanctuary.

“Akhir sekali, BDB turut merancang untuk mewujudkan inisiatif ‘Duta Masa Hadapan’ yang bertujuan memperkasakan kanak-kanak sebagai duta alam semulajadi dengan memupuk rasa tanggungjawab di mana mereka akan bertindak sebagai pemimpin masa hadapan bagi melindungi dan memelihara ekosistem serta kepelbagaian biologi,” jelasnya.

_____________________________________________________________________

MEDIA RELEASE
Wednesday, 26h February 2025

BDB BECOMES MALAYSIA’S FIRST ENTITY RECOGNIZED UNDER THE FOREST CONSERVATION CERTIFICATE (FCC) PROGRAM

KUALA LUMPUR – Bina Darulaman Berhad (BDB) has made history as the first organization in Malaysia to be recognized and registered under the Forest Conservation Certificate (FCC) program, an initiative developed by the Malaysia Forest Fund (MFF), an agency under the Ministry of Natural Resources and Environmental Sustainability (NRES).

BDB Group Executive Director, Raja Shahreen Raja Othman,said that the recognition was awarded to BDB’s wholly-owned subsidiary, Darulaman Sanctuary Sdn. Bhd., for its exemplary efforts in transforming Darulaman Sanctuary, located in Lubuk Semilang, Langkawi, into a model site for forest conservation. The sanctuary serves as a hub for protecting Malaysia’s rich biodiversity, including its flora and fauna.

He added that BDB’s achievement has garnered significant attention, including from global technology leader ByteDance System Sdn. Bhd., which has pledged its support for forest conservation initiatives at Darulaman Sanctuary. ByteDance System Sdn. Bhd. has committed RM176,380.00, while BDB Infra Sdn. Bhd. (BDB Infra), a subsidiary of BDB, has contributed RM700,000.00 towards the same cause.

“This collaboration marks a positive start for BDB in mobilizing and initiating programs under the FCC. With the involvement of renowned companies like ByteDance System Sdn. Bhd., we aim to enhance our credibility and achieve our target of RM10 million in future fund contributions.

“Partnering with corporate and private entities as donors under the FCC program will enable BDB to amplify its conservation efforts, ensuring long-term positive impacts not only for Malaysia but also for the global community. This initiative aligns with the country’s sustainability agenda and positions BDB as a key contributor to environmental preservation,” said Raja Shahreen in a statement today.

He made these remarks after attending the Conservation Agreement Signing Ceremony between BDB, MFF, ByteDance System Sdn. Bhd dan BDB Infra witnessed by Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability, YB Nik Nazmi Nik Ahmad, at the Sheraton Imperial Hotel here.

Also present were Deputy Chief Secretary (Environmental Sustainability), Ministry of Natural Resources and Environment, Datuk Nor Yahati Awang and MFF Chief Executive Officer, Dato’ Mohamed Shah Redza Hussein.

Raja Shahreen further emphasized that to ensure the successful implementation of the initiatives planned under the FCC program, BDB has developed a range of strategic measures tailored to align with the theme, “Nurturing Nature’s Wealth: A Gift for the Generations Ahead.”

He highlighted that Darulaman Sanctuary’s participation in the FCC program will concentrate on five key components: actively engaging local communities in conservation efforts, raising awareness about the importance of nature, addressing climate change through forest conservation initiatives, and underscoring the significance of carbon and ecosystem management.

“Additionally, among the planned initiatives is the promotion of Eco-Tourism Education, which aims to educate the public on minimizing the environmental impact of tourism while enhancing awareness about the protection of endangered species and the preservation of biodiversity within Darulaman Sanctuary.

“Furthermore, BDB intends to launch the ‘Future Ambassadors’ initiative, designed to empower children as nature ambassadors. This program seeks to instil a sense of responsibility in young individuals, equipping them to become future leaders dedicated to safeguarding and sustaining ecosystems and biodiversity,” he added.

Siaran Media – BDB Menjadi Entiti Pertama Malaysia Yang Diiktiraf Di Bawah Program Sijil Pemuliharaan Hutan (FCC)

Media Release – BDB Becomes Malaysia’s First Entity Recognized Under The Forest Conservation Certificate (FCC) Program

Kedah Gazette: 160 pemain golf amatur berentap di BDB Masters & Charity Golf 2024

JITRA – Kejohanan BDB Masters & Charity Golf 2024 telah melabuhkan tirai dengan jayanya, menarik seramai 160 peserta sepanjang tiga hari kejohanan di Darulaman Golf & Country Club (DGCC), Kedah.

Menurut Pengarah Eksekutif Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB), Raja Shahreen Raja Othman, kejohanan golf amatur ini adalah yang paling dinanti-nantikan setiap tahun.

Jumlah penyertaan seramai 160 peserta dari seluruh negara, dengan lebih 90 peratus terdiri daripada pemain luar Kedah, membuktikan popularitinya.

Kejohanan ini dibahagikan kepada lima kategori: Gross Open, Nett Open, Nett Intermediate, Senior Gross dan Nett Senior, dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM30,000.

Terdapat juga hadiah untuk pukulan “Hole In One” berupa dua buah kereta Proton X50 dan Proton S70 bernilai lebih RM180,000, yang mana pemain mempunyai dua peluang untuk memenanginya pada hari kedua dan ketiga kejohanan.

Raja Shahreen menekankan komitmen BDB untuk menawarkan pertandingan golf terbaik di kawasan utara tanah air dengan hadiah yang menarik dan cabaran yang mampu menarik minat peserta.

Muhammad Farez Mohd Azihan, 24, dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan mencatatkan 214 pukulan sepanjang tiga hari kejohanan, menewaskan pencabar terdekatnya Nor Haqeim Nor Hadi dan Shakiran Johari yang masing-masing mencatatkan 217 pukulan.

Kejayaan ini membolehkan Muhammad Farez membawa pulang wang tunai RM2,800 serta trofi kejuaraan yang disampaikan oleh Raja Shahreen.

Pengerusi BDB Darulaman Golf Resort Berhad, Dato’ Haji Abdul Rahman Abdullah, serta barisan pengurusan kanan Kumpulan BDB turut hadir pada kejohanan tersebut.

Dalam majlis yang sama, Raja Shahreen memaklumkan bahawa sebanyak 10 buah sekolah terpilih menerima sumbangan bernilai RM10,000 yang dikumpul sepanjang kejohanan BDB Masters & Charity Golf 2024.

Sumbangan tersebut adalah hasil kutipan daripada perlawanan amal dan akan diserahkan kepada sekolah-sekolah terpilih di Negeri Kedah.

Baki daripada kutipan berkenaan akan disimpan dalam tabung khas untuk membantu golongan yang memerlukan pada masa akan datang.

“Alhamdulillah, usaha kecil mengumpul dana sumbangan oleh BDB menerusi penganjuran BDB Masters & Charity Golf 2024 mendapat kerjasama dan sokongan kuat daripada pelbagai pihak, membolehkan kami membantu mereka yang memerlukan, terutamanya di Negeri Kedah,” kata Raja Shahreen.

Untuk rekod, BDB Masters & Charity Golf 2024 pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 6 hingga 8 Disember 2024, namun terpaksa ditangguhkan disebabkan bencana banjir yang berlaku di sekitar Daerah Kubang Pasu dan sebahagian Negeri Kedah.

Kosmo: Kejohanan BDB Masters & Charity Golf 2024 tarik 160 pemain

PETALING JAYA – Seramai 160 pemain amatur beraksi pada Kejohanan BDB Masters & Charity Golf 2024 yang berlangsung selama tiga hari pada 3 hingga 5 Januari lalu di Darulaman Golf & Country Club (DGCC), Kedah.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB), Raja Shahreen Raja Othman berkata, BDB Masters and Charity Golf 2024 merupakan kejohanan golf amatur paling ditunggu-tunggu pada setiap tahun dengan lebih 90 peratus penyertaan terdiri daripada pemain luar Kedah.

Menurutnya, kejohanan tersebut terdiri daripada lima kategori iaitu Gross Open, Nett Open, Nett Intermediate, Senior Gross dan Nett Senior dan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM30,000.

“Tarikan utama kejohanan ini juga ialah hadiah untuk pukulan “Hole In One” iaitu dua kereta iaitu Proton X50 dan Proton S70 bernilai lebih RM180,000 yang mana pemain mempunyai dua peluang memenanginya pada hari kedua
dan ketiga kejohanan.

“BDB terus komited dalam usaha untuk menawarkan pertandingan golf terbaik di utara tanah air yang mempunyai kelainan bukan sahaja dari segi hadiah
ditawarkan, malahan cabaran yang dapat menarik minat peserta,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sementara itu peserta, Muhammad Farez Mohd. Azihan, 24, dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan merekodkan 214 pukulan sekali gus membawa pulang hadiah keseluruhan wang tunai RM2,800 serta trofi kejuaraan disampaikan oleh Raja Shahreen.

Muhammad Farez menewaskan pencabar terdekatnya iaitu Nor Haqeim Nor Hadi dan Shakiran Johari dengan masing-masing mencatatkan 217 pukulan.

Kejohanan tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi BDB Darulaman Golf Resort Berhad, Datuk Abdul Rahman Abdullah, serta barisan pengurusan kanan Kumpulan BDB.

Dalam majlis yang sama, Raja Shahreen memaklumkan sebanyak 10 sekolah terpilih menerima sumbangan bernilai RM10,000 yang dikumpul sepanjang kejohanan BDB Masters & Charity Golf 2024.

Katanya, sumbangan tersebut merupakan kutipan yang dikumpul bersempena perlawanan
amal dan akan diserahkan kepada sekolah-sekolah terpilih di negeri Kedah.

“BDB mengenal pasti sekolah tersebut berdasarkan keperluan serta keupayaan kewangan yang diperlukan, manakala baki daripada kutipan akan dikumpul dalam tabung khas yang akan digunakan untuk membantu golongan yang memerlukan pada masa akan datang.

“Usaha kecil mengumpul dana sumbangan oleh BDB menerusi penganjuran BDB Masters & Charity Golf 2024 ini mendapat kerjasama dan
sokongan pelbagai pihak sekali gus membolehkan untuk membantu mereka
yang memerlukan terutamanya di negeri Kedah,” katanya.

Terdahulu, BDB Masters & Charity Golf 2024 dijadualkan berlangsung pada
6 hingga 8 Disember, namun ditangguhkan susulan bencana banjir di sekitar daerah Kubang Pasu dan sebahagian negeri Kedah. – KOSMO! ONLINE

Suara Merdeka: 160 pemain amatur beraksi di BDB Masters & Charity Golf 2024

Kejohanan BDB Masters & Charity Golf 2024 melabuhkan tirai dengan jayanya apabila berjaya menarik seramai 160 penyertaan sepanjang tiga hari kejohanan tersebut berlangsung di Darulaman Golf & Country Club (DGCC), Kedah.

Mengulas mengenai kejohanan tersebut, Pengarah Eksekutif Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB), Raja Shahreen Raja Othman berkata BDB Masters and Charity Golf 2024 sememangnya merupakan kejohanan golf amatur yang paling ditunggu-tunggu pada setiap tahun dan ia diterjemahkan dengan jumlah penyertaan seramai 160 peserta dari seluruh tanah air di mana lebih 90 peratus daripada mereka terdiri pemain dari luar Kedah.

Menurut beliau, kejohanan tersebut dibahagikan kepada lima kategori iaitu Gross Open, Nett Open, Nett Intermediate, Senior Gross dan Nett Senior dan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM30,000.

“Selain daripada hadiah keseluruhan, tarikan utama kejohanan ini juga ialah hadiah untuk pukulan “Hole In One” iaitu dua buah kereta iaitu Proton X50 dan Proton S70 bernilai lebih RM180,000.00 di mana para pemain mempunyai dua peluang memenanginya pada hari kedua dan ketiga kejohanan.

“Untuk itu, BDB terus komited dalam usaha untuk menawarkan pertandingan golf terbaik di kawasan utara tanah air yang mempunyai kelainan bukan sahaja dari segi hadiah yang ditawarkan malahan cabaran yang dapat menarik minat peserta.

The Malay Tribune: 160 pemain amatur beraksi di Kejohanan BDB Masters & Charity Golf 2024

SERAMAI 160 peserta mengambil bahagian pada Kejohanan BDB Masters & Charity Golf 2024 yang berlangsung selama tiga hari di Darulaman Golf & Country Club (DGCC), Jitra.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB), Raja Shahreen Raja Othman berkata, BDB Masters and Charity Golf 2024 yang tamat pada Ahad sememangnya merupakan kejohanan golf amatur yang paling ditunggu-tunggu pada setiap tahun.

Katanya, lebih 90 peratus daripada peserta merupakan pemain dari luar Kedah yang datang dari seluruh tanah air.

“Kejohanan tersebut dibahagikan kepada lima kategori iaitu Gross Open, Nett Open, Nett Intermediate, Senior Gross dan Nett Senior yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM30,000.

“Selain daripada hadiah keseluruhan, tarikan utama kejohanan ini juga ialah hadiah untuk pukulan “Hole In One” iaitu sebuah kereta Proton X50 dan Proton S70 bernilai lebih RM180,000,” katanya.

Jelasnya, BDB terus komited dalam usaha untuk menawarkan pertandingan golf terbaik di utara tanah air yang menawarkan kelainan bukan sahaja dari segi hadiah tetapi juga cabaran.

“Muhammad Farez Mohd Azihan, 24, dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan merekodkan 214 pukulan sepanjang tiga hari kejohanan, sekali gus menewaskan pencabar terdekatnya, Nor Haqeim Nor Hadi dan Shakiran Johari masing-masing mencatatkan 217 pukulan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Menurutnya, kejayaan itu membolehkan Muhammad Farez membawa pulang hadiah keseluruhan wang tunai RM2,800 serta trofi kejuaraan yang disampaikan oleh Raja Shahreen.

“Selain itu, sebanyak 10 sekolah terpilih menerima sumbangan bernilai RM10,000 yang dikumpul sepanjang berlangsungnya kejohanan terbabit.

“Sumbangan tersebut merupakan kutipan yang dikumpul bersempena perlawanan amal dan akan diserahkan kepada sekolah-sekolah terpilih di negeri Kedah,”katanya.

Raja Shahreen berkata, BDB telah mengenalpasti sekolah tersebut berdasarkan keperluan serta keupayaan kewangan yang diperlukan oleh mereka manakala baki daripada kutipan berkenaan akan dikumpul dalam tabung khas yang akan digunakan untuk membantu golongan yang memerlukan pada masa akan datang.

“Alhamdulillah, usaha kecil mengumpul dana sumbangan yang dilaksanakan oleh BDB menerusi penganjuran kejohanan ini mendapat sokongan kuat daripada pelbagai pihak, sekali gus membolehkan kita membantu mereka yang memerlukan terutamanya di negeri Kedah,” katanya.

Berita Harian: Farez ‘tawan’ BDB Masters & Charity Golf 2024

ALOR SETAR: Muhammad Farez Mohd Azihan muncul juara keseluruhan kejohanan golf amatur BDB Masters and Charity Golf 2024 yang melabuhkan tirainya di Darulaman Golf & Country Club (DGCC), Jitra, semalam.

Muhammad Farez Mohd Azihan, 24, yang pernah mewakili Universiti Utara Malaysia (UUM) ke Kejohanan Golf University Dunia (WUC) di Itali 2022 itu dinobatkan sebagai juara keseluruhan selepas merekodkan 214 pukulan sepanjang tiga hari kejohanan itu berlangsung.

Ini sekali gus menewaskan pencabar terdekatnya iaitu Nor Haqeim Nor Hadi dan Shakiran Johari yang masing-masing mencatat 217 pukulan pada kejohanan ini.

Kejayaan Muhammad Farez itu membolehkan dirinya membawa pulang hadiah wang tunai RM2,800 serta trofi kejuaraan yang disampaikan oleh Pengarah Eksekutif Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB), Raja Shahreen Raja Othman.

Mengulas mengenai kejohanan berkenaan, Raja Shahreen berkata, BDB Masters and Charity Golf 2024 sememangnya kejohanan golf amatur yang popular setiap tahun dan ia diterjemahkan dengan jumlah penyertaan seramai 160 peserta dari seluruh tanah air dan lebih 90 peratus daripada mereka terdiri pemain dari luar Kedah.

Katanya, kejohanan dibahagikan kepada lima kategori iaitu Gross Open, Nett Open, Nett Intermediate, Senior Gross dan Nett Senior dan menawarkan hadiah keseluruhan RM30,000.

“Selain daripada hadiah keseluruhan, tarikan utama kejohanan ini juga ialah hadiah untuk pukulan ‘Hole In One’ iaitu dua buah kereta Proton X50 dan Proton S70 bernilai lebih RM180,000 dengan pemain mempunyai dua peluang memenanginya pada hari kedua dan ketiga kejohanan.

“Untuk itu, BDB mahu terus komited dalam usaha menawarkan pertandingan golf terbaik di kawasan utara tanah air yang mempunyai kelainan bukan sahaja dari segi hadiah yang ditawarkan malahan cabaran yang dapat menarik minat peserta.

Dalam majlis yang sama, Raja Shahreen memaklumkan sebanyak 10 buah sekolah terpilih menerima sumbangan bernilai RM10,000 yang dikumpul sepanjang berlangsung kejohanan BDB Masters & Charity Golf 2024.