160 PEMAIN AMATUR BERAKSI DI KEJOHANAN BDB MASTERS & CHARITY GOLF 2024

SIARAN MEDIA
Isnin, 6 Januari 2025

JITRA – Kejohanan BDB Masters & Charity Golf 2024 melabuhkan tirai dengan jayanya apabila berjaya menarik seramai 160 penyertaan sepanjang tiga hari kejohanan tersebut berlangsung di Darulaman Golf & Country Club (DGCC), Kedah.

Mengulas mengenai kejohanan tersebut, Pengarah Eksekutif Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB), Raja Shahreen Raja Othman berkata BDB Masters and Charity Golf 2024 sememangnya merupakan kejohanan golf amatur yang paling ditunggu-tunggu pada setiap tahun dan ia diterjemahkan dengan jumlah penyertaan seramai 160 peserta dari seluruh tanah air di mana lebih 90 peratus daripada mereka terdiri pemain dari luar Kedah.

Menurut beliau, kejohanan tersebut dibahagikan kepada lima kategori iaitu Gross Open, Nett Open, Nett Intermediate, Senior Gross dan Nett Senior dan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM30,000.

“Selain daripada hadiah keseluruhan, tarikan utama kejohanan ini juga ialah hadiah untuk pukulan “Hole In One” iaitu dua buah kereta iaitu Proton X50 dan Proton S70 bernilai lebih RM180,000.00 di mana para pemain mempunyai dua peluang memenanginya pada hari kedua dan ketiga kejohanan.

“Untuk itu, BDB terus komited dalam usaha untuk menawarkan pertandingan golf terbaik di kawasan utara tanah air yang mempunyai kelainan bukan sahaja dari segi hadiah yang ditawarkan malahan cabaran yang dapat menarik minat peserta.

Muhammad Farez Mohd Azihan, 24 dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan merekodkan 214 pukulan sepanjang tiga hari kejohanan sekaligus menewaskan pencabar-pencabar

terdekatnya iaitu Nor Haqeim Nor Hadi dan Shakiran Johari yang mana kedua-duanya mencatatkan 217 pukulan.

Kejayaan Muhammad Farez itu membolehkan beliau membawa pulang hadiah keseluruhan iaitu wang tunai sebanyak RM2,800 serta trofi kejuaraan yang disampaikan oleh Raja Shahreen.

Kejohanan tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi BDB Darulaman Golf Resort Berhad, Dato’ Haji Abdul Rahman Abdullah, serta barisan pengurusan kanan Kumpulan BDB.

Dalam majlis yang sama, Raja Shahreen memaklumkan sebanyak 10 buah sekolah terpilih telah menerima sumbangan bernilai RM10,000.00 yang dikumpul sepanjang berlangsung kejohanan BDB Masters & Charity Golf 2024.

Ujar beliau, sumbangan tersebut merupakan kutipan yang dikumpul bersempena perlawanan amal dan akan diserahkan kepada sekolah-sekolah terpilih di Negeri Kedah.

“BDB telah mengenalpasti sekolah tersebut berdasarkan keperluan serta keupayaan kewangan yang diperlukan oleh mereka manakala baki daripada kutipan berkenaan akan dikumpul dalam tabung khas yang akan digunakan untuk membantu golongan yang memerlukan pada masa akan datang.

“Alhamdulillah, usaha kecil mengumpul dana sumbangan yang dilaksanakan oleh BDB menerusi penganjuran BDB Masters & Charity Golf 2024 ini mendapat kerjasama dan sokongan kuat daripada pelbagai pihak sekaligus ia membolehkan untuk membantu mereka yang memerlukan terutamanya di Negeri Kedah,” katanya.

Untuk rekod, BDB Masters & Charity Golf 2024 pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 6 hingga 8 Disember 2024 namun terpaksa ditangguhkan disebabkan bencana banjir yang berlaku di sekitar Daerah Kubang Pasu dan sebahagian Negeri Kedah.

———————————————————————————————————–

160 AMATEUR PLAYERS COMPETE IN BDB MASTERS & CHARITY GOLF 2024

MEDIA RELEASE
Monday, 6th January 2025

JITRA – The BDB Masters & Charity Golf 2024 tournament concluded successfully, attracting a total of 160 participants over the three-day event held at Darulaman Golf & Country Club (DGCC), Kedah.

Bina Darulaman Berhad (BDB) Group Executive Director, Raja Shahreen Raja Othman, noted the tournament’s popularity, attracting 160 participants nationwide, with over 90% from outside Kedah.

“The event featured five categories: Gross Open, Nett Open, Nett Intermediate, Senior Gross, and Nett Senior, offering a total prize pool of RM30,000.

“A highlight was the “Hole-In-One” challenge, offering two cars: Proton X50 and Proton S70 worth more than RM180,000.00 with participants having two chances to win on the second and third days,”

“BDB remains committed to offering the best golf competition in the northern region of the country, with unique challenges and attractive prizes to draw participants’ interest.” he said in a statement today.

The 2024 BDB Masters & Charity Golf Championship concluded at the Darulaman Golf & Country Club (DGCC), with Muhammad Farez Mohd Azihan, 24 emerged as the overall champion, finishing the three-day tournament with an impressive total of 214 strokes. He outperformed his closest competitors, Nor Haqeim Nor Hadi and Shakiran Johari, who both completed the tournament with 217 strokes.

As champion, Muhammad Farez received a cash prize of RM2,800 and the championship trophy, presented by Raja Shahreen.

The tournament was also attended by the Chairman of BDB Darulaman Golf Resort Berhad, Dato’ Haji Abdul Rahman Abdullah, along with the senior management team of BDB.

At the same event, Raja Shahreen announced that 10 schools had been selected to receive donations worth RM10,000.00, collected during the BDB Masters & Charity Golf 2024 tournament.

He stated that the donations were collected during the charity match and would be distributed to selected schools in Kedah.

“BDB has identified these schools based on their needs and financial capabilities, while the remaining funds will be collected in a special fund to help those in need in the future.

“Alhamdulillah, the small effort to collect donation funds through the BDB Masters & Charity Golf 2024 has received strong cooperation and support from various parties, enabling us to help those in need, especially in Kedah,” he said.

For the record, BDB Masters & Charity Golf 2024 originally scheduled for 6 to 8 December 2024, has been postponed due to the flood disaster affecting the Kubang Pasu District and parts of Kedah.

Siaran Media – BDB Masters & Charity Golf 2024 (BM)

Media Release – BDB Masters & Charity Golf 2024 (ENG)

 

Share:

More Posts

Bina Darulaman Berhad © All Rights Reserved 2022