SESI PERJUMPAAN BERSAMA PENGERUSI DAN PENGURUSAN KANAN KUMPULAN BDB

SESI PERJUMPAAN BERSAMA PENGERUSI DAN PENGURUSAN KANAN KUMPULAN BDB

Satu sesi perjumpaan antara Pengerusi Kumpulan Bina Darulaman dan Pengurusan Kanan BDB yang diketuai oleh Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Mohd Sobri Hussein telah diadakan pada hari ini bertempat di Menara BDB.

Sesi perjumpaan yang berlangsung selama sejam itu adalah bagi menerangkan secara terperinci mengenai hala tuju serta perancangan masa hadapan daripada Ketua-Ketua Jabatan dan anak-anak syarikat Kumpulan BDB kepada Pengerusi Kumpulan BDB, Sr Che Had Dhali.

Selain itu, Mohd Sobri turut menerangkan perkembangan operasi semasa Kumpulan BDB, visi dan misi untuk tahun-tahun seterusnya serta berkongsi cadangan bagi meningkatkan lagi prestasi Kumpulan BDB di masa hadapan.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement

SELAMAT DATANG SR. HAJI CHE HAD DHALI KE BINA DARULAMAN BERHAD

SELAMAT DATANG SR. HAJI CHE HAD DHALI KE BINA DARULAMAN BERHAD

Sr Haji Che Had Dhali hari ini telah memulakan tugas beliau sebagai Pengerusi Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) yang baharu berkuatkuasa 31 Januari lalu bagi menggantikan Dato’ Mohamed Sharil Tarmizi.

Ketibaan Sr. Haji Che Had ke perkarangan Menara BDB disambut oleh barisan pengurusan kanan syarikat yang diketuai oleh Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Mohd Sobri Hussein, Ketua Jabatan Setiausaha Kumpulan, Khairulmuna Abd Ghani dan Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan, Sajahan Abdul Waheed.

Dengan ini, pengurusan dan seluruh kakitangan Kumpulan BDB mengalu-alukan kedatangan Sr. Haji Che Had boleh diibaratkan bagai sireh pulang ke gagang dan diharapkan dengan pengalaman luas yang dimiliki beliau dapat memacu syarikat ke tahap yang lebih tinggi dan disegani bukan sahaja di Kedah malahan juga di peringkat antarabangsa.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement

PRA PELANCARAN BUKU KERIS KEDAH

PRA PELANCARAN BUKU KERIS KEDAH

Majlis Pra-Pelancaran Buku ‘Keris Kedah’ yang diterbitkan oleh Bina Darulaman Berhad (BDB) telah diadakan pada 3 Februari 2022 di Menara BDB, Kedah.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Encik Faris Najhan Hashim yang juga merupakan penulis buku berkenaan dan turut dihadiri pengurusan tertinggi syarikat.

Objektif utama penerbitan buku ini adalah sebagai panduan dan rujukan khususnya kepada rakyat negeri Kedah Darul Aman mengenai sejarah dan asal usul Keris berkenan.

Ia juga merupakan koleksi himpunan keris yang terdapat di Kedah yang mempunyai keunikan tersendiri serta kaya dengan nilai sejarah yang boleh dijejaki hingga ke Tamadun Kedah Tua.

Di samping itu, buku tersebut turut menceritakan mengenai keindahan dan penghormatan terhadap keris yang sememangnya kurang diketahui oleh rakyat negeri Kedah itu sendiri.

Untuk itu, diharapkan dengan penerbitan buku tersebut sedikit sebanyak dapat mengenengahkan dan memperkenal Keris Kedah terutamanya kepada generasi baru rakyat Kedah pada masa kini.

PELANTIKAN PEMANGKU PRESIDEN & KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD

PELANTIKAN PEMANGKU PRESIDEN & KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD

Encik Mohd Sobri bin Hussein yang sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Operasi / EVP II Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) akan memegang tugas sebagai Pemangku Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) yang baharu berkuat kuasa pada 4 Februari 2022.

Dalam satu majlis ringkas, pada pagi ini (Khamis, 3 Februari 2022) bertempat di Aras 10, Menara BDB, Encik Sobri telah menerima penyerahan tugas daripada Encik Faris Najhan Hashim yang sebelum ini telah memegang jawatan berkenaan semenjak Februari 2019.

Encik Sobri dalam ucapan ringkas menzahirkan harapan agar warga kerja Kumpulan BDB dapat memberikan sepenuh sokongan dan komitmen kepada beliau dan beliau berharap agar prestasi Kumpulan BDB akan terus cemerlang dan meningkat pada masa akan datang.

KUMPULAN BDB SAMPAIKAN SUMBANGAN 1 UNIT KATIL HOSPITAL KEPADA MUHAMMAD FARIS ASYRAAF BIN KHARUL AFFAN (CEREBRAL PALSY PATIENT)

KUMPULAN BDB SAMPAIKAN SUMBANGAN 1 UNIT KATIL HOSPITAL KEPADA MUHAMMAD FARIS ASYRAAF BIN KHARUL AFFAN (CEREBRAL PALSY PATIENT)


Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) berbesar hati menyerahkan bantuan kepada adik Muhammad Faris Asyraaf bin Kharul Affan yang merupakan seorang pesakit Cerebral Palsy.
Sumbangan berupa 1 unit katil hospital itu diharapkan sedikit sebanyak dapat memberikan lebih keselesaan kepada beliau. Sumbangan ini merupakan inisiatif berterusan Kumpulan BDB dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu masyarakat yang kurang berkemampuan di negeri Kedah.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB Sajahan Abdul Waheed di rumah adik Muhammad Faris Asyraaf di Alor Setar, Kedah.
Diharapkan dengan sumbangan tersebut ia dapat meringankan beban yang ditanggung oleh adik Muhammad Faris Asyraaf sekeluarga.
#Kedah
#BinaDarulAmanBerhad
#SpiritOfAchievement