Berita Harian: Bina Darulaman Perkukuh Perniagaan Teras, Disiplin Operasi

Bina Darulaman Perkukuh Perniagaan Teras, Disiplin Operasi

KUALA LUMPUR: Bina Darulaman Bhd (BDB) menyasarkan pengukuhan perniagaan teras serta disiplin pengoperasian tahun ini sebagai sebahagian daripada pelan pemulihannya yang menyeluruh.

Langkah itu bertujuan untuk mengembalikan keuntungan, meningkatkan kecekapan pelaksanaan dan membina asas lebih berdaya tahan bagi pertumbuhan jangka masa panjang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Che Abdul Khalid Md Din, berkata BDB kini memberi penekanan kepada pengukuhan empat segmen perniagaan teras iaitu pembinaan jalan dan kuari, hartanah, kejuruteraan dan pembinaan (E&C) serta perniagaan rekreasi bagi pemulihan dan pertumbuhan mampan syarikat.

“BDB turut memberi tumpuan kepada kekuatan perniagaan teras, memperkasakan pengurusan kos secara lebih disiplin serta melaksanakan strategi lebih berimpak tinggi dalam setiap peluang perniagaan yang diterokai bagi memastikan pulangan yang lebih baik.

“Matlamat utama bukan sahaja untuk mengembalikan BDB kepada landasan keuntungan malah juga memastikan syarikat mempunyai asas perniagaan yang lebih kukuh untuk pertumbuhan jangka masa panjang,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, BDB akan mempergiat usaha meneroka peluang perniagaan baharu merangkumi projek sektor awam dan swasta di samping menjalinkan kerjasama strategik, termasuk dengan kumpulan syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

Che Abdul Khalid berkata, BDB kini bukan sahaja berperanan sebagai pemaju perumahan, malah juga mengembangkan penglibatan dengan menyediakan infrastruktur kawasan perindustrian sekali gus memperkukuh portfolio dalam segmen E&C.

“BDB akan lebih agresif dalam mendapatkan projek berkualiti serta memastikan setiap projek dilaksanakan dengan kawalan kos dan disiplin operasi yang tinggi. Pada masa sama, kami komited memperkukuh hubungan dengan pemegang taruh bagi membina keyakinan berterusan terhadap hala tuju BDB.

“Dalam segmen pembangunan hartanah, BDB akan terus memberi fokus kepada projek sedia ada termasuk di Darulaman Saujana, Hosba, Aman Nusa, Langkawi serta Bandar Darulaman, Jitra.

“Selain itu, pembangunan terbaharu ‘Darulaman Commercial District’ dijangka menjadi pemacu pertumbuhan yang akan menyumbang kepada pendapatan jangka panjang,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan memperhebat usaha pengoptimuman aset strategik termasuk Darulaman Sanctuary dan The LAB di Langkawi, serta aset pelancongan seperti Fantasia Aquapark.

“Usaha memperkasakan serta mempelbagaikan tarikan di Darulaman Park juga dijangka menyumbang prestasi positif kepada segmen rekreasi tahun ini,” katanya.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, BDB mencatatkan kerugian bersih RM16.8 juta yang dipengaruhi oleh beberapa faktor utama termasuk kelewatan dalam pelancaran projek hartanah serta tekanan margin yang berpunca daripada beberapa projek infrastruktur yang menghampiri fasa siap.

Bagaimanapun, perolehan syarikat itu melonjak kepada RM330.71 juta daripada RM294.74 juta pada tahun kewangan sebelumnya.

-BERNAMA

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2026/05/1540784/bina-darulaman-perkukuh-perniagaan-teras-disiplin-operasi

Bernama (BM): Bina Darulaman Perkukuh Perniagaan Teras, Pacu Pertumbuhan Jangka Panjang

Bina Darulaman Perkukuh Perniagaan Teras, Pacu Pertumbuhan Jangka Panjang

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) — Bina Darulaman Bhd (BDB) menyasarkan pengukuhan perniagaan teras serta disiplin pengoperasian tahun ini sebagai sebahagian daripada pelan pemulihannya yang menyeluruh.

Langkah itu bertujuan untuk mengembalikan keuntungan, meningkatkan kecekapan pelaksanaan dan membina asas lebih berdaya tahan bagi pertumbuhan jangka masa panjang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Che Abdul Khalid Md Din berkata BDB kini memberi penekanan kepada pengukuhan empat segmen perniagaan teras iaitu pembinaan jalan dan kuari, hartanah, kejuruteraan dan pembinaan (E&C) serta perniagaan rekreasi bagi pemulihan dan pertumbuhan mampan syarikat.

“BDB turut memberi tumpuan kepada kekuatan perniagaan teras, memperkasakan pengurusan kos secara lebih disiplin serta melaksanakan strategi lebih berimpak tinggi dalam setiap peluang perniagaan yang diterokai bagi memastikan pulangan yang lebih baik.

“Matlamat utama bukan sahaja untuk mengembalikan BDB kepada landasan keuntungan malah juga memastikan syarikat mempunyai asas perniagaan yang lebih kukuh untuk pertumbuhan jangka masa panjang,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata BDB akan mempergiat usaha meneroka peluang perniagaan baharu merangkumi projek sektor awam dan swasta di samping menjalinkan kerjasama strategik, termasuk dengan kumpulan syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

Che Abdul Khalid berkata BDB kini bukan sahaja berperanan sebagai pemaju perumahan, malah juga mengembangkan penglibatan dengan menyediakan infrastruktur kawasan perindustrian sekali gus memperkukuh portfolio dalam segmen E&C.

“BDB akan lebih agresif dalam mendapatkan projek berkualiti serta memastikan setiap projek dilaksanakan dengan kawalan kos dan disiplin operasi yang tinggi. Pada masa sama, kami komited memperkukuh hubungan dengan pemegang taruh bagi membina keyakinan berterusan terhadap hala tuju BDB.

“Dalam segmen pembangunan hartanah, BDB akan terus memberi fokus kepada projek sedia ada termasuk di Darulaman Saujana, Hosba, Aman Nusa, Langkawi serta Bandar Darulaman, Jitra. Selain itu, pembangunan terbaharu ‘Darulaman Commercial District’ dijangka menjadi pemacu pertumbuhan yang akan menyumbang kepada pendapatan jangka panjang,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga akan memperhebat usaha pengoptimuman aset strategik termasuk Darulaman Sanctuary dan The LAB di Langkawi, serta aset pelancongan seperti Fantasia Aquapark.

“Usaha memperkasakan serta mempelbagaikan tarikan di Darulaman Park juga dijangka menyumbang prestasi positif kepada segmen rekreasi tahun ini,” katanya.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 BDB mencatatkan kerugian bersih RM16.8 juta yang dipengaruhi oleh beberapa faktor utama termasuk kelewatan dalam pelancaran projek hartanah serta tekanan margin yang berpunca daripada beberapa projek infrastruktur yang menghampiri fasa siap.

Bagaimanapun, perolehan syarikat itu melonjak kepada RM330.71 juta daripada RM294.74 juta pada tahun kewangan sebelumnya. — BERNAMA

https://www.bernama.com/bm/news.php/news.php?id=2551390https://www.bernama.com/bm/news.php/news.php?id=2551390

Bernama (ENG): Bina Darulaman Strengthens Focus On Core Business To Drive Long-Term Growth

Bina Darulaman Strengthens Focus On Core Business To Drive Long-Term Growth

KUALA LUMPUR, April 30 (Bernama) — Bina Darulaman Bhd (BDB) is strengthening its focus on core businesses and operational discipline as part of a comprehensive recovery plan to restore profitability, improve execution and build a more resilient platform for long-term growth.

Its group chief executive officer, Che Abdul Khalid Md Din, said the group’s core business segments comprise road construction and quarrying, property development, engineering and construction (E&C), and the leisure segment.

“We are refocusing on our core strengths, tightening cost management, and adopting higher-impact strategies across all business opportunities to ensure stronger revenue generation.

“Our priority is not only to return to profitability but also to establish a stronger and more sustainable foundation for long-term growth,” he said in a statement.

Furthermore, Che Abdul Khalid said BDB will accelerate efforts to pursue new business opportunities across both the public and private sectors, while strengthening strategic partnerships, particularly with the Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) group of companies.

He noted that BDB has expanded beyond its traditional role as a housing developer into the industrial and manufacturing segments, further strengthening its E&C portfolio.

“We will be more aggressive in securing quality projects, ensuring each is executed with stringent cost control and strong operational discipline. At the same time, we remain committed to strengthening stakeholder relationships to sustain confidence in BDB’s strategic direction.

“Within the property segment, we will continue to prioritise ongoing developments, including Darulaman Saujana, Hosba, Aman Nusa, Langkawi, and Bandar Darulaman in Jitra. The development of the Darulaman Commercial District is also expected to emerge as a new growth catalyst contributing to long-term earnings,” he noted.

In addition, BDB will intensify efforts to optimise its strategic andtourism assets, including Darulaman Sanctuary, The LAB in Langkawi, and Fantasia Aquapark.

The group also plans to further enhance and diversify attractions and commercial activities at Darulaman Park, which are expected to contribute positively to the performance of the leisure segment this year.

For the financial year ended Dec 31, 2025, BDB recorded a net loss ofRM16.80 million, mainly due to delays in the launch of property projects and margin pressures arising from several infrastructure projects nearing completion.

Nevertheless, the group registered higher revenue of RM330.71million compared with RM294.74 million in the previous financial year. — BERNAMA

https://www.bernama.com/en/news.php?id=2551391

DagangNews: Bina Darulaman Sasar Bangkit Semula, Fokusperniagaan Teras Selepas Kerugian RM16.8 Jutabagi FY25

Bina Darulaman Sasar Bangkit Semula, Fokusperniagaan Teras Selepas Kerugian RM16.8 Jutabagi FY25

KUALA LUMPUR 30 April – Bina Darulaman Berhad (BDB) kini memberi tumpuan penuh kepada pemulihan operasi dengan menyasarkan pengukuhan perniagaan teras sebagai pemacu kebangkitan pada 2026.

Menurut kumpulan pegangan pelaburan tersebut dalam kenyataan, langkah transformasi itu dirangka bagi mengembalikan keuntungan selepas kerugian bersih RM16.8 juta dicatatkan pada tahun kewangan 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Che Abdul Khalid Md Din berkata, tahun ini merupakan tempoh penting dalam usaha syarikat berkenaan membina asas yang lebih kukuh untuk pertumbuhan jangka panjang.

“Fokus utama kami kepada pemulihan operasi, kecekapan pelaksanaan dan membina semula keyakinan pemegang taruh syarikat ini,” katanya pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-31 BDB di Alor Setar, Kedah.

Menurut beliau, kumpulan akan fokus kepada empat segmen teras iaitu pembinaan jalan dan kuari, hartanah, kejuruteraan dan pembinaan (E&C) serta rekreasi sebagai asas kepada pemulihan yang lebih mampan.

Pada masa sama tambah Che Abdul Khalid, syarikat tersebut akan memperketatkan pengurusan kos dan melaksanakan strategi perniagaan berimpak tinggi bagi memastikan pulangan yang semakin lebih baik.

Mengulas perancangan 2026 ujarnya, BDB akan lebih agresif mendapatkan projek berkualiti dalam sektor awam dan swasta, selain memperkukuh kerjasama strategik termasuk agensi pembangunan negeri.

“Kumpulan ini juga kini berusaha memperluas peranan daripada sekadar pemaju perumahan kepada penyedia infrastruktur kawasan industri, serta mengukuhkan kedudukan dalam segmen E&C,” katanya.

Bagi segmen hartanah, fokus kepada projek sedia ada seperti Darulaman Saujana, Hosba, Aman Nusa, Langkawi dan Bandar Darulaman, Jitra, selain pembangunan baharu Darulaman Commercial District.

Dalam segmen rekreasi, usaha pengoptimuman aset seperti Darulaman Sanctuary, The LAB di Langkawi serta Fantasia Aquapark akan dipertingkat, termasuk penambahbaikan tarikan di Darulaman Park.

BDB dalam kenyataan itu berkata, meskipun berdepan kerugian pada FY25 akibat kelewatan pelancaran projek hartanah dan tekanan margin projek infrastruktur, ia masih mencatat pendapatan positif.

“Hasil sepanjang tahun kewangan tersebut meningkat kepada sebanyak RM330.71 juta berbanding hanya kira-kira RM294.74 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya,” jelas kumpulan berkenaan lagi.

Langkah pemfokusan semula kepada kekuatan teras ini dilihat sebagai strategi penting bagi memastikan BDB kembali ke landasan keuntungan dan kekal berdaya saing dalam jangka panjang. – DagangNews.com

https://www.dagangnews.com/article/terkini/bina-darulaman-sasar-bangkit-semula-fokus-perniagaan-teras-selepas-kerugian-rm168-juta-bagi-fy25-68355

Bernama (ENG): BDB Masters Solidifies Position As Northern Region’s Premier Amateur Golf Event

BDB Masters Solidifies Position As Northern Region’s Premier Amateur Golf Event

ALOR SETAR, Dec 7 (Bernama) — The BDB Masters has strengthened its status as the premier amateur golf championship in the Northern Region, as evident from the participation of more than 150 players in its 10th edition, which ended at the Darulaman Golf and Country Club (DGCC) in Jitra today.

Bina Darulaman Berhad (BDB) Group Chief Executive Officer Che Abdul Khalid Md Din said the event has a long history as a continuation of the Darulaman Masters, first held more than 20 years ago.

“After a decade of organisation, the BDB Masters has grown into a brand that plays an important role in enhancing BDB Group’s corporate image. This championship not only strengthens the sporting identity under the BDB brand, but also stands as a symbol of excellence, prestige and community unity through golf.

“Ten years ago, participation was only around 80 players, mostly from Kedah and neighbouring states. Alhamdulillah, the number has now risen to over 150 participants, with more than 80 per cent coming from outside Kedah,” he said in a statement today.

Che Abdul Khalid said this growth demonstrates that the BDB Masters brand now stands in a class of its own.

“The BDB Group is committed to continuing to offer the best golf championship in the Northern Region, not only through attractive prizes but also through game challenges that can draw participants from within and outside the country in the future.

“As in previous years, the BDB Masters was contested in five categories: Gross Open, Nett Open, Nett Intermediate, Senior Gross and Senior Nett,” he said.

He added that apart from the overall prizes, a major attraction was the Hole-in-One reward — two cars, a Proton X70 and a Perodua Myvi — which players had the chance to win on the second and third days of the tournament.

Kall Danish, 23, was crowned overall champion after recording 220 strokes over the three days of competition, and he walked away with a cash prize and the championship trophy.

The tournament was attended by BDB chairman Che Had Dhali and BDB Darulaman Golf Resort Berhad chairman Datuk Abdul Rahman Abdullah.

— BERNAMAhttps://bernama.com/en/news.php/sports/news.php?id=2499900

Bernama (BM): BDB Masters Terus Dominasi Kejohanan Golf Amatur Wilayah Utara

BDB Masters Terus Dominasi Kejohanan Golf Amatur Wilayah Utara

ALOR SETAR, 7 Dis (Bernama) — Kejohanan BDB Masters 2025 yang memasuki edisi ke-10 tahun ini terus mengukuhkan statusnya sebagai kejohanan golf amatur pilihan utama di Wilayah Utara.

BDB Masters 2025 yang cukup dinanti-dinantikan oleh peminat sukan golf itu berjaya menarik penyertaan lebih 150 peserta sepanjang tiga hari penganjuran bermula Jumaat lepas di Darulaman Golf and Country Club (DGCC) di Jitra.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) Che Abdul Khalid Md Din berkata acara itu mempunyai sejarah panjang sebagai kesinambungan daripada Darulaman Masters yang mula dianjurkan lebih 20 tahun lalu.

“Selepas sedekad penganjuran, BDB Masters kini berkembang menjadi satu jenama yang memainkan peranan penting dalam memperkukuh imej korporat Kumpulan BDB. Kejohanan ini bukan sahaja mengukuhkan identiti sukan di bawah jenama BDB, malah sebagai simbol kecemerlangan, prestij dan penyatuan komuniti melalui sukan golf.

“Sepuluh tahun lalu, penyertaan hanya sekitar 80 pemain, kebanyakannya dari Kedah dan negeri-negeri berhampiran. Alhamdulillah, jumlah itu kini melonjak melebihi 150 peserta dengan lebih 80 peratus dari luar Kedah,” katanya dalam kenyataan.

Che Abdul Khalid berkata perkembangan itu sekali gus menunjukkan jenama BDB Masters berada pada kelas yang tersendiri.

“Kumpulan BDB komited untuk terus menawarkan kejohanan golf terbaik di Wilayah Utara, bukan saja melalui hadiah yang menarik, tetapi juga cabaran permainan yang mampu menarik minat peserta dari dalam dan luar negara pada masa hadapan.

“Seperti tahun-tahun sebelumnya, BDB Masters dipertandingkan dalam lima kategori iaitu Gross Open, Nett Open, Nett Intermediate, Senior Gross dan Senior Nett,” katanya.

Katanya, selain daripada hadiah keseluruhan, tarikan utama kejohanan itu juga adalah hadiah untuk pukulan ‘Hole in One’ iaitu dua kereta jenis Proton X70 dan Perodua Myvi yang berpeluang dimenangi para pemain pada hari kedua dan ketiga kejohanan.

Dalam kejohanan yang turut dihadiri Pengerusi BDB Pmgr. Sr. Che Had Dhali dan Pengerusi BDB Darulaman Golf Resort Berhad DatukAbdul Rahman Abdullah itu, Kall Danish, 23, dinobatkan sebagai juara keseluruhan selepas merekodkan 220 pukulan sepanjang tiga hari kejohanan berlangsung.

Kemampuannya untuk mengatasi pencabar terdekat itu melayakkan Kall membawa pulang hadiah keseluruhan iaitu wang tunai serta trofi kejuaraan.

— BERNAMA

https://bernama.com/en/news.php/sports/news.php?id=2499900

Utusan Malaysia Online: Darulaman Sanctuary perkukuh peranan masyarakat dalam pemuliharaan hutan

DARULAMAN SANCTUARY PERKUKUH PERANAN MASYARAKAT DALAM  PEMULIHARAAN HUTAN 

LANGKAWI: Darulaman Sanctuary Sdn. Bhd., anak syarikat penuh Bina Darulaman Berhad (BDB), terus memperkukuh peranan masyarakat dalam pemuliharaan hutan melalui Program Komuniti dan Penanaman Pokok yang berlangsung pada Sabtu, 29 November 2025 bertempat di Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang, Langkawi

Program komuniti yang dinamakan Mini Temasya di Darulaman Sanctuary itu menekankan  penglibatan aktif masyarakat sebagai teras utama dalam melindungi dan memulihkan  ekosistem hutan, sejajar dengan Program Sijil Pemuliharaan Hutan (FCC) yang dianugerahkan oleh Malaysia Forest Fund (MFF).  BeritaMalaysia

Sebagai entiti pertama di Malaysia yang menerima pensijilan FCC, Darulaman Sanctuary bertanggungjawab melaksanakan konservasi secara inklusif dan menyeluruh.

FCC menekankan bahawa kelestarian hutan bukan sahaja bergantung pada kaedah teknikal, tetapi turut memerlukan penglibatan masyarakat dalam pendidikan, budaya dan kesedaran biodiversiti. Ini selaras dengan komponen sosial dan pendidikan FCC yang memberi penekanan hubungan antara komuniti dengan pemuliharaan hutan.

Inisiatif ini menunjukkan komitmen Darulaman Sanctuary dalam memperkukuh peranan masyarakat sebagai rakan strategik pemuliharaan hutan. Sokongan berterusan komuniti, industri dan agensi kerajaan memastikan kesinambungan konservasi yang memberi manfaat kepada alam sekitar dan generasi akan datang.

Program tersebut menampilkan pelbagai aktiviti berteraskan warisan, seni dan pendidikan alam  sekitar. Antara pengisian utama termasuk pameran Keris Kedah Langkasuka, Keris Kedah, Keris Pattani dan Keris Nusantara, serta pameran Busana Melayu Tradisional. Program ini turut menampilkan pameran Nature & Art Harmony, aktiviti Survival Kids Adventure, demonstrasi  teknik dan etika pemakaian sampin, pasar seni dan makanan komuniti, selain persembahan  muzik dan silat.

Turut hadir pada program tersebut adalah wakil daripada FRIM Incorporated Sdn. Bhd., Tourim Malaysia (Langkawi) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).  BeritaMalaysia

Untuk rekod, program ini meneruskan usaha yang dimulakan pada Jun 2025 di mana inisiatif pemuliharaan hutan telah dimulakan dengan menanam 300 anak pokok di Darulaman Sanctuary.

Inisiatif tersebut mendapat sokongan daripada Bytedance dengan dana sebanyak RM176,380 sebagai permulaan kepada pelan jangka panjang pemuliharaan hutan di Darulaman Sanctuary.

Program terbaru menambah 400 pokok lagi, menjadikan jumlah keseluruhan pokok yang ditanam sejak Jun 2025 meningkat kepada 700 pokok daripada sasaran jangka panjang sebanyak 2,000 pokok.

Lebih 150 peserta daripada industri perhotelan, pertubuhan bukan kerajaan, pelajar sekolah dan orang ramai turut serta dalam program ini, menandakan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan hutan.

Penanaman pokok ini membantu memulihkan hutan di Darulaman Sanctuary, meningkatkan kapasiti penyerapan karbon, serta memupuk rasa tanggungjawab dan pemilikan masyarakat terhadap alam sekitar.

Program ini menegaskan peranan penting masyarakat dalam pemuliharaan hutan, sekaligus memperlihatkan usaha bersepadu antara komuniti, industri dan kerajaan dalam memulihara alam sekitar demi generasi masa depan. – UTUSAN

Darulaman Sanctuary perkukuh peranan masyarakat dalam  pemuliharaan hutan 

Bernama MREM: Darulaman Sanctuary Perkukuh Peranan Masyarakat Dalam Pemuliharaan Hutan

DARULAMAN SANCTUARY PERKUKUH PERANAN MASYARAKAT DALAM PEMULIHARAAN HUTAN

LANGKAWI, 1 Dis (Bernama) — Darulaman Sanctuary Sdn. Bhd., anak syarikat penuh Bina Darulaman Berhad (BDB), terus memperkukuh peranan masyarakat dalam pemuliharaan hutan melalui Program Komuniti dan Penanaman Pokok yang berlangsung pada Sabtu, 29 November 2025 bertempat di Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang, Langkawi

Program komuniti yang dinamakan Mini Temasya di Darulaman Sanctuary itu menekankan penglibatan aktif masyarakat sebagai teras utama dalam melindungi dan memulihkan ekosistem hutan, sejajar dengan Program Sijil Pemuliharaan Hutan (FCC) yang dianugerahkan oleh Malaysia Forest Fund (MFF).

Sebagai entiti pertama di Malaysia yang menerima pensijilan FCC, Darulaman Sanctuary bertanggungjawab melaksanakan konservasi secara inklusif dan menyeluruh.

FCC menekankan bahawa kelestarian hutan bukan sahaja bergantung pada kaedah teknikal, tetapi turut memerlukan penglibatan masyarakat dalam pendidikan, budaya dan kesedaran biodiversiti. Ini selaras dengan komponen sosial dan pendidikan FCC yang memberi penekanan hubungan antara komuniti dengan pemuliharaan hutan.

Inisiatif ini menunjukkan komitmen Darulaman Sanctuary dalam memperkukuh peranan masyarakat sebagai rakan strategik pemuliharaan hutan. Sokongan berterusan komuniti, industri dan agensi kerajaan memastikan kesinambungan konservasi yang memberi manfaat kepada alam sekitar dan generasi akan datang.

Program tersebut menampilkan pelbagai aktiviti berteraskan warisan, seni dan pendidikan alam sekitar. Antara pengisian utama termasuk pameran Keris Kedah Langkasuka, Keris Kedah, Keris Pattani dan Keris Nusantara, serta pameran Busana Melayu Tradisional. Program ini turut menampilkan pameran Nature & Art Harmony, aktiviti Survival Kids Adventure, demonstrasi teknik dan etika pemakaian sampin, pasar seni dan makanan komuniti, selain persembahan muzik dan silat.

Turut hadir pada program tersebut adalah wakil daripada FRIM Incorporated Sdn. Bhd., Tourim Malaysia (Langkawi) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Untuk rekod, program ini meneruskan usaha yang dimulakan pada Jun 2025 di mana inisiatif pemuliharaan hutan telah dimulakan dengan menanam 300 anak pokok di Darulaman Sanctuary.

Inisiatif tersebut mendapat sokongan daripada Bytedance dengan dana sebanyak RM176,380.00, sebagai permulaan kepada pelan jangka panjang pemuliharaan hutan di Darulaman Sanctuary.

Program terbaru menambah 400 pokok lagi, menjadikan jumlah keseluruhan pokok yang ditanam sejak Jun 2025 meningkat kepada 700 pokok daripada sasaran jangka panjang sebanyak 2,000 pokok.

Lebih 150 peserta daripada industri perhotelan, pertubuhan bukan kerajaan, pelajar sekolah dan orang ramai turut serta dalam program ini, menandakan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan hutan.

Penanaman pokok ini membantu memulihkan hutan di Darulaman Sanctuary, meningkatkan kapasiti penyerapan karbon, serta memupuk rasa tanggungjawab dan pemilikan masyarakat terhadap alam sekitar.

Program ini menegaskan peranan penting masyarakat dalam pemuliharaan hutan, sekaligus memperlihatkan usaha bersepadu antara komuniti, industri dan kerajaan dalam memulihara alam sekitar demi generasi masa depan.

https://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=20143

Market Screener: Bina Darulaman Berhad Appoints Encik Che Abdul Khalid Bin Md Din as Group Chief Executive Officer, Effective November 1, 2025

Bina Darulaman Berhad appointed Encik Che Abdul Khalid Bin Md Din, aged 58, as Group Chief Executive Officer, effective November 1, 2025. He holds a degree in Civil Engineering from Middlesex Polytechnic (currently known as Middlesex University), London, England. Prior to joining Bina Darulaman Berhad on November 1, 2025, Encik Che Abdul Khalid Bin Md Din accumulated over 30 years of experience in property development and construction.

He has served as the Chief Operating Officer of Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC) from November 1, 2021 to October 31, 2025, where he was responsible for the planning and implementation of the company’s overall strategic goals and objectives. His key responsibilities included overseeing the functions of three main divisions – Sales & Strategic Planning, Land Development and Property Management. Encik Che Abdul Khalid was actively involved in securing both foreign and domestic direct investments (FDI/DDI) for Kulim Hi-Tech Park (KHTP), contributing to impressive investment performances of MYR 10.7 billion in 2022, MYR 20.1 billion in 2023 and MYR 32.4 billion in 2024.

He also spearheaded strategic planning for all Build and Lease projects, managing processes from design to agreement execution and final project handover to clients. In addition, he led project management services for investors, oversaw new industrial area expansions, maintained strong relationships with relevant authorities and existing investors and led KTPC’s trade and investment missions abroad. Prior to this, he served as the General Manager of KTPC from April 2019 to November 2021 and has been the Executive Director of KTPC Resort Development Berhad since 2020.

He is currently the Director of KSDC Insurance Brokers Sdn Bhd since August 2023. Previously, he served as General Manager at Pertabina Technical Services Sdn Bhd (2008-2018), Darulaman Realty Sdn Bhd (now BDB Land Sdn Bhd) and Kedah Holdings Sdn Bhd from 2006 to 2008, overseeing overall operations and financial performance. Earlier in his career, he held various engineering and project management roles with Syarikat Jaya Utara Sdn Bhd, Perunding Timur Sdn Bhd and DRSB from 1991 to 2002.

https://www.marketscreener.com/news/bina-darulaman-berhad-appoints-encik-che-abdul-khalid-bin-md-din-as-group-chief-executive-officer-e-ce7d5cd8de89f12d