BuletinTV3: BDB laksana enam projek dengan GDV berjumlah RM1.5 bilion

BuletinTV3: BDB laksana enam projek dengan GDV berjumlah RM1.5 bilion

ALOR SETAR: Bina Darulaman Bhd (BDB) telah dan akan melaksanakan enam projek utama di Kedah yang melibatkan pelbagai sektor perniagaan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM1.5 bilion sehingga Jun tahun ini.

Pengerusinya, Che Had Dhali berkata projek yang diusahakan itu adalah bertujuan untuk memacu dan membantu pertumbuhan serta pembangunan bagi meningkatkan keselesaan dan taraf hidup rakyat di negeri itu.

Menurutnya, sebahagian besar projek yang dilaksanakan itu melibatkan pembangunan perbandaran dan perumahan mampu milik iaitu Darulaman Lagenda di Sungai Petani, Darulaman Saujana di Kubang Pasu dan Aman Nusa di Langkawi.

“Ketiga-tiga projek itu memiliki GDV berjumlah RM1.3 bilion dan sekali gus dapat memberi manfaat kepada sebahagian rakyat yang tinggal di daerah Sungai Petani, Kubang Pasu dan juga Langkawi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan BDB Ke-28, di sini, hari ini.

Che Had berkata selain daripada tiga projek berkenaan, BDB menerusi anak syarikat milik penuhnya, BDB Infra Sdn Bhd (BISB), turut memperoleh kontrak penyelenggaraan jalan negeri bernilai RM204 juta daripada kerajaan negeri.

“Ia melibatkan Zon 1 iaitu daerah Kota Setar, Padang Terap/Pokok Sena, Kubang Pasu, Pendang, Yan dan Sik. BISB juga berjaya dalam bidaan projek Sistem Pengairan Tersier dengan nilai kontrak berjumlah RM34.08 juta serta pengambilalihan Kuari Gemi Puncak, Langkawi dengan nilai RM13 juta,” katanya.

Sementara itu, Che Had berkata, BDB juga mencatatkan prestasi memberangsangkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2022, dengan merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM9 juta peningkatan daripada RM7.8 juta pada tahun kewangan 2021.

“Pendapatan juga meningkat daripada RM201.7 juta pada 2021 kepada RM231.4 juta pada 2022, sekali gus turut meningkatkan rizab tunai daripada RM66.3 juta kepada RM79.9 juta pada tempoh yang sama,” katanya.

https://www.buletintv3.my/detik-niaga/bdb-laksana-enam-projek-dengan-gdv-berjumlah-rm1-5-bilion/?fbclid=IwAR2ujC5hl5zgpQY4M7YcY6ah1_dIi3PqEcBUt8ak2d4dqcDFovPM3sAam-Y

Berita Harian: BDB laksana enam projek bernilai RM1.5 bilion di Kedah

Berita Harian: BDB laksana enam projek bernilai RM1.5 bilion di Kedah

ALOR SETAR: Bina Darulaman Bhd (BDB) telah dan akan melaksanakan enam projek utama di Kedah yang melibatkan pelbagai sektor perniagaan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM1.5 bilion sehingga Jun tahun ini.

Pengerusinya, Che Had Dhali, berkata projek yang diusahakan itu adalah bertujuan untuk memacu dan membantu pertumbuhan serta pembangunan bagi meningkatkan keselesaan dan taraf hidup rakyat di negeri itu.

Menurutnya, sebahagian besar projek yang dilaksanakan itu membabitkan pembangunan perbandaran dan perumahan mampu milik iaitu Darulaman Lagenda di Sungai Petani, Darulaman Saujana di Kubang Pasu dan Aman Nusa di Langkawi.

“Ketiga-tiga projek itu memiliki GDV berjumlah RM1.3 bilion dan sekali gus dapat memberi manfaat kepada sebahagian rakyat yang tinggal di daerah Sungai Petani, Kubang Pasu dan juga Langkawi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) BDB ke-28, di sini, hari ini.

Che Had berkata, selain daripada tiga projek berkenaan, BDB menerusi anak syarikat milik penuhnya, BDB Infra Sdn Bhd (BISB), turut memperoleh kontrak penyelenggaraan jalan negeri bernilai RM204 juta daripada kerajaan negeri.

“Ia membabitkan Zon 1 iaitu daerah Kota Setar, Padang Terap/Pokok Sena, Kubang Pasu, Pendang, Yan dan Sik. BISB juga berjaya dalam bidaan projek Sistem Pengairan Tersier dengan nilai kontrak berjumlah RM34.08 juta serta pengambilalihan Kuari Gemi Puncak, Langkawi dengan nilai RM13 juta,” katanya.

Sementara itu, Che Had berkata, BDB juga mencatatkan prestasi memberangsangkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022, dengan merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM9 juta, peningkatan daripada RM7.8 juta pada tahun kewangan 2021.

“Pendapatan juga meningkat daripada RM201.7 juta pada 2021 kepada RM231.4 juta pada 2022, sekali gus turut meningkatkan rizab tunai daripada RM66.3 juta kepada RM79.9 juta pada tempoh yang sama,” katanya.

Mengenai perkembangan menaik taraf loji rawatan air (LRA) Pelubang yang membabitkan kos berjumlah RM431 juta, Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, Raja Shahreen Raja Othman berkata projek itu berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan.

“Kita tahu, isu air ini memang masalah yang dihadapi oleh setiap negeri termasuk Kedah, jadi BDB berharap dengan projek ini, ia dapat menyelesaikan masalah air kepada rakyat Kedah,” katanya kepada pemberita.

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2023/06/1111745/bdb-laksana-enam-projek-bernilai-rm15-bilion-di-kedah?fbclid=IwAR3jOGsHKzdXt0wsFHweTrddN_bZBOvkXDKnqM_3UJP2rsAZ8p1OyjnS48k

Utusan Malaysia: BDB laksana enam projek dengan GDV RM1.5 bilion

Utusan Malaysia: BDB laksana enam projek dengan GDV RM1.5 bilion

ALOR SETAR: Bina Darulaman Berhad (BDB) komited untuk melaksanakan enam projek utama dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM1.5 bilion sekali gus memacu pertumbuhan dan pembangunan lestari negeri ini.

Pengerusi BDB, Sr. Che Had Dhali berkata, sebahagian projek berkenaan juga melibatkan pembangunan perbandaran dan perumahan mampu milik di Darulaman Lagenda, Sungai Petani dan Darulaman Saujana, Kubang Pasu serta Aman Nusa, Langkawi.

“Ketiga-ketiga projek berkenaan memiliki GDV berjumlah RM1.3 bilion sekali gus serta bakal memberi manfaat kepada sebahagian rakyat yang tinggal di Sungai Petani, Kubang Pasu dan Langkawi.

“Selain itu, BDB Infra Sdn. Bhd. (BISB) yang merupakan anak syarikat milik penuh BDB turut mendapat kepercayaan daripada kerajaan negeri apabila dianugerahkan kontrak penyelenggaraan jalan-jalan negeri bernilai RM204 juta melibatkan zon 1 iaitu Kota Setar, Padang Terap/Pokok Sena, Kubang Pasu, Pendang, Yan dan Sik.

“BISB juga berjaya dalam bidaan projek Sistem Pengairan Tersier dengan nilai kontrak berjumlah RM34.08 juta serta pengambil alihan Kuari Gemi Puncak, Langkawi dengan nilai RM13 juta,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan BDB Ke-28 di sini hari ini.

Jelasnya, projek-projek berkenaan akan membantu meningkatkan lagi taraf kehidupan penduduk-penduduk di Kedah serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi kawasan tersebut.

Mengulas lanjut, katanya, BDB turut mencatatkan prestasi yang memberangsangkan bagi Prestasi Kewangan berakhir 31 Disember 2022 dimana mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM9 juta pada 2022 dengan peningkatan daripada RM7.8 juta pada 2021.

“Pendapatan juga turut meningkat dari RM201.7 juta pada 2021 kepada RM231.4 juta pada tahun 2022 sekali gus turut meningkatkan rizab tunai juga RM66.3 juta kepada RM79.9 juta untuk tempoh yang sama,” jelasnya.

Tambah Che Had, prestasi memberangsangkan itu menunjukkan peningkatan keseluruhan atas usaha dan inisiatif BDB pada 2022 apabila pendapatan dan keuntungan sebelum cukai meningkat dan margin keuntungan sebelum cukai juga semakin baik.

“Rizab tunai meningkat menunjukkan bahawa BDB mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, menurut Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, Raja Shahreen Raja Othman, projek Loji Rawatan Air (LRA) Pelubang di Kubang Pasu yang dinaik taraf dijangka siap mengikut jadual pada 2025. –UTUSAN

BDB laksana enam projek dengan GDV RM1.5 bilion

Sinar Harian: BDB laksana lima projek utama bernilai RM1.5 bilion

Sinar Harian: BDB laksana lima projek utama bernilai RM1.5 bilion

ALOR SETAR – Bina Darulaman Berhad (BDB) sedang melaksanakan lima projek utama dengan nilai pembangunan kasar (GDV) bernilai RM1.5 billion sehingga Jun 2023.

Pengerusi BDB, Che Had Dhali berkata, lima projek itu melibatkan pelbagai sektor perniagaan utama BDB termasuklah pembangunan perbandaran mampu milik di Darulaman Lagenda, Sungai Petani dan Darulaman Saujana, Kubang Pasu serta perumahan mampu milik,Aman Nusa di Langkawi.

Beliau berkata, ketiga-ketiga projek terbabit memiliki GDV berjumlah RM1.3 bilion sekali gus bakal memberi manfaat kepada sebahagian rakyat yang tinggal di daerah Sungai Petani, Kubang Pasu dan Langkawi.

“BDB Infra Sdn Bhd (BISB) yang merupakan anak syarikat milik penuh BDB turut mendapat kepercayaan daripada kerajaan negeri apabila dianugerahkan kontrak penyelenggaraan jalan-jalan negeri bernilai RM204 juta melibatkan zon 1 iaitu daerah Kota Setar, Padang Terap/Pokok Sena, Kubang Pasu, Pendang, Yan dan Sik.

“BISB juga berjaya dalam bidaan projek Sistem Pengairan Tersier dengan nilai kontrak berjumlah RM34.08 juta serta pengambilalihan Kuari Gemi Puncak, Langkawi dengan nilai RM13 juta,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan BDB ke-28 di sebuah hotel, di sini pada Khamis.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Kumpulan, Raja Shahreen Raja Othman dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah BDB serta pengurusan kanan Kumpulan BDB.

Menurut beliau, projek dengan jumlah keseluruhan RM1.5 bilion terbabit diharapkan dapat memacu pertumbuhan dan pembangunan lestari sekaligus membantu kerajaan negeri dalam meningkatkan keselesaan dan taraf hidup rakyat Kedah.

Che Had berkata, pihaknya turut berharap projek itu dapat menjana pendapatan kepada syarikat untuk tahun-tahun mendatang sekaligus dapat meletakkan BDB ke satu tahap yang lebih tinggi.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan BDB mencatatkan prestasi memberangsangkan bagi Prestasi Kewangan berakhir 31 Disember 2022 dengan mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM9 juta pada 2022 iaitu peningkatan daripada RM7.8 juta pada 2021.

“Pendapatan juga turut meningkat dari RM201.7 juta pada 2021 kepada RM231.4 juta pada tahun 2022, sekali gus turut meningkatkan rizab tunai juga RM66.3 juta kepada RM79.9 juta untuk tempoh yang sama,” katanya.

Tambah Che Had, BDB turut menyokong dan menjayakan enam inisiatif dalam Pelan Pembangunan Jangka Panjang Negeri Kedah iaitu KEDAH2035 iaitu melibatkan penyambungan dan pembangunan infrastruktur, keselamatan alam sekitar dan inisiatif hijau, pertanian lestari dan keterjaminan makanan serta pelancongan dan warisan budaya.

Beliau memaklumkan, BDB kini telah pun memulakan langkah untuk meneroka peluang perniagaan melibatkan bidang Tenaga Boleh Diperbaharui termasuklah Pembangunan Perbandaran Hijau dan solar fotovoltaik (PV) yang turut akan dipasang di beberapa projek pembangunan perumahan yang dibangunkan kelak.

Che Had berkata, BDB juga menyokong peningkatan sektor pertanian di Kedah dengan menggalakkan amalan lestari dan memanfaatkan teknologi serta inovasi dengan menyasarkan untuk meneroka inisiatif baharu dalam pertanian mampan untuk memastikan keterjaminan makanan antaranya melalui sistem akuaponik.

“Selain itu, BDB melalui Darulaman Park turut memposisikan dirinya sebagai destinasi pelancongan yang bervariasi dan dinamik di Kedah bagi menarik pelancong domestik dan antarabangsa serta menyumbang kepada pertumbuhan keseluruhan industri pelancongan di daerah Kubang Pasu khasnya sekaligus membantu kepada kejayaan KEDAH2035,” katanya.

Beliau menyatakan, usaha bersama yang dijalankan BDB diharapkan dapat membantu kepada kejayaan KEDAH2035, sekaligus memastikan kesejahteraan rakyat dan Kedah.

Dalam perkembangan lain, Raja Shahreen memaklumkan, projek menaiktaraf LRA Pelubang di Kubang Pasu berjalan dengan lancar dan mengikut jadual ditetapkan.

https://www.sinarharian.com.my/article/262411/edisi/utara/bdb-laksana-lima-projek-utama-bernilai-rm15-bilion?fbclid=IwAR3vd2d7WF___q6BmYuMBfl4JFYWLsf6jcLhvCafAkVVief3ydRqi3Y4NOA

HarakahDaily: Harga rumah serendah RM45,000 di Langkawi

HarakahDaily: Harga rumah serendah RM45,000 di Langkawi

LANGKAWI: Rumah baharu yang bakal dijual serendah RM45,000 kini boleh didapati di Langkawi, hasil projek pertama dibangunkan di pulau itu oleh anak syarikat kerajaan negeri (GLC), Kumpulan Bina Darul Aman (BDB).

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, borang pendaftaran bagi membeli Rumah Kasih Rakyat yang dibina oleh BDB sebanyak 35 unit itu oleh didapati di pusat jualan Darul Aman Century, Lubuk Sembilang, Langkawi.

“Rakyat Langkawi khususnya dari golongan B40 dan M40 yang belum mempunyai kediaman sendiri agar tidak melepaskan peluang keemasan mendapatkan kediaman masing-masing,” katanya.

Menurut beliau lagi, selain Rumah Kasih Rakyat itu, 12 unit Rumah Makmur Kedah dan sembilan unit Rumah Aman Kedah juga bakal dibina melalui Skim Perumahan Mampu Milik Aman Nusa di Langkawi dalam tempoh terdekat.

“Perumahan mampu milik itu akan dibangunkan di tanah seluas 16.9 ekar di Mukim Bandar Kuah dengan anggaran kos berjumlah RM60.7 juta.

“Rumah Kasih Rakyat merupakan rumah kos rendah, manakala Rumah Aman Kedah dan Rumah Makmur Kedah pula rumah kos sederhana rendah yang telah dijenamakan semula oleh kerajaan negeri sebelum ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancarannya di Hotel Adya, Langkawi, semalam, dan yang turut hadir ialah Pengerusi BDB, Sr. Che Had Dhali.

Dalam masa yang sama, ujar Muhammad Sanusi, projek berkenaan akan turut merangkumi perancangan pembinaan 120 unit rumah teres satu tingkat dan 27 unit kedai pejabat dua tingkat yang dijangka pembangunannya bermula hujung 2023 dan bakal siap menjelang pada 2025.

“Difahamkan lokasi kawasan perumahan itu sangat strategik iaitu hanya empat kilometer dari Pekan Kuah dan lima kilometer dari Terminal Feri Langkawi.

“Lokasinya cukup strategik yang memudahkan penduduk yang tinggal di kawasan berkenaan untuk bekerja atau berurusan di tanah besar,” ujarnya.

Tambah beliau, sebelum ini BDB lebih memfokuskan pembangunan sektor pelancongan dan perniagaan disebabkan status Langkawi sebagai pulau bebas cukai serta destinasi peranginan terkenal di rantau ini.

“Kali ini BDB mengorak langkah ke arah membina perumahan mampu milik di Langkawi sebagai memenuhi permintaan rumah khususnya di pulau ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 

Harga rumah serendah RM45,000 di Langkawi

Sinar Harian: BDB bina rumah mampu milik di Langkawi

Sinar Harian: BDB bina rumah mampu milik di Langkawi

LANGKAWI – Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) menerusi anak syarikat penuh miliknya BDB Land Sdn Bhd (BDB Land) membangunkan Perumahan Mampu Milik Aman Nusa di Mukim Bandar Kuah, dekat sini.

Pengerusi BDB, Che Had Dhali berkata projek pembangunan berkenaan bakal dibangunkan di atas tanah seluas 16.9 ekar dengan anggaran nilai pembangunan kasar bernilai RM60.7 juta.

Menurutnya, pembangunan projek berkenaan memfokuskan perumahan mampu milik dan perumahan Dasar Kerajaan Negeri Kedah (DPrNK) yang dijangka pembinaan bermula hujung tahun 2023 dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025.

“Pembangunan Aman Nusa bakal menyaksikan pembinaan perancangan untuk membina 120 unit rumah teres 1 tingkat dan 27 unit kedai pejabat 2 tingkat yang terbuka kepada orang ramai untuk memilikinya.

“Dalam pada itu, bagi pembinaan DPrNK pula, Kumpulan BDB akan membangunkan sebanyak 35 Unit Rumah Kasih Rakyat, 12 Unit Rumah Makmur Kedah Dan sembilan Unit Rumah Aman Kedah di dalam perancangan projek Aman Nusa ini.

“Kumpulan BDB sememangnya memahami kepada permintaan dan keperluan rakyat di negeri Kedah yang sememangnya memerlukan perumahan mampu milik dan diharapkan dengan adanya Aman Nusa ini kelak, sedikit-sebanyak dapat membantu golongan B40 dan M40 di Langkawi khususnya untuk memiliki rumah mereka sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir Majlis Pelancaran Perumahan Mampu Milik Aman Nusa yang disempurnakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Hotel Adya, Kuah pada Isnin.

Hadir sama Exco Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kuah, Mohd Firdaus Ahmad, Pegawai Daerah Langkawi, Datuk Abdul Gafar Yahya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan, Tunku Iskandar Shah Tunku Muszaffar Shah, Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, Raja Shahreen Raja Othman dan Ketua Divisyen Hartanah Kumpulan BDB, Zawawi Wahab.

Che Had menjelaskan, Aman Nusa merupakan projek terbaharu di Langkawi dalam mengembangkan portfolio pelaburan dan pembangunan Kumpulan BDB di pulau berkenaan.

Ujarnya, pada 29 Mac lalu Kumpulan BDB menerusi BDB Infra Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian jualan saham di antara Gemi Puncak Sdn Bhd dan juga Gemi Puncak Quarry Sdn Bhd, sekaligus menjadikan Kumpulan BDB sebagai pemilik kuari granit yang terbesar di Langkawi berkeluasan 64 ekar.

Katanya lagi, Kumpulan BDB telah pun memiliki Darulaman Sanctuary iaitu kawasan ekopelancongan di Lubuk Semilang seluas 226 ekar, Langkawi Art Box, The Langkawi Cultural Village iaitu pembangunan komersial seluas 4 ekar yang mempunyai 35 unit perniagaan di Padang Mat Sirat serta mempunyai bank tanah di Kuala Temoyong seluas 12.4 ekar.

“Bersempena dengan penganjuran Langkawi International Maritime and Aerospace 2023 (LIMA’23), Kumpulan BDB turut menawarkan platform BDB@Langkawi dengan dua tarikan utama iaitu The Airventure dan The LAB di mana The Airventure ini sangat unik.

“Ia menyediakan ruang dan kemudahan untuk orang ramai menyaksikan pertunjukan udara dari jarak dekat dan jelas kerana lokasinya berhampiran dengan ‘air strip’ serta dilengkapi dengan ruang tinjau dengan kemudahan seperti calet dua tingkat, cabana, green box dan kawasan cocktail untuk orang awam,” jelas beliau.

Tambahnya, The LAB pula akan memperkenalkan Food & Fun Garden yang mana membuka peluang dan ruang untuk peniaga tempatan memperkenalkan dan menjual produk dan perkhidmatan sewaktu LIMA’23.

“Kumpulan BDB menyediakan ruang parkir yang mencukupi serta gerai makanan dan ruang santai yang luas dan kemudahan lain seperti surau, tempat bersantai untuk menonton pameran udara dan tandas dengan dikelilingi kedai kabin kontena yang menarik,”

“Dengan ini, Kumpulan BDB mengharapkan untuk terus dapat terlibat secara langsung dalam pembangunan di Langkawi sekaligus bukan sahaja dapat membangunkan pulau peranginan ini tetapi juga Negeri Kedah secara amnya,” kata Che Had lagi.

https://www.sinarharian.com.my/article/259835/bisnes/bdb-bina-rumah-mampu-milik-di-langkawi?fbclid=IwAR0XhRskWSGyoUVHBv_LcP3xzScIkahUZUIcOtTuuGAdjUFLfiKygmoUgUA