SELAMAT DATANG YANG MULIA RAJA SHAHREEN RAJA OTHMAN KE BINA DARULAMAN BERHAD

SELAMAT DATANG YANG MULIA RAJA SHAHREEN RAJA OTHMAN KE BINA DARULAMAN BERHAD

Yang Mulia (YM) Raja Shahreen Raja Othman telah memulakan tugas beliau sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) yang berkuatkuasa pada hari ini, 1 November 2022.

Ketibaan YM Raja Shahreen ke perkarangan Menara BDB disambut oleh barisan pengurusan kanan syarikat yang diketuai oleh Ketua Pegawai Korporat BDB, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli, Ketua Pegawai Operasi BDB, Mohd Sobri Hussein, Ketua Jabatan Setiausaha Kumpulan, Khairulmuna Abd Ghani dan Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan, Sajahan Abdul Waheed.

Seterusnya, YM Raja Shahreen bersama pengurusan kanan Kumpulan BDB telah mengadakan sesi perkenalan serta beramah mesra bersama Pengerusi BDB, Sr. Haji Che Had Dhali di Pejabat Pengerusi BDB di Aras 10, Menara BDB.
YM Raja Shahreen kemudiannya mengadakan pertemuan pertama bersama seluruh ketua-ketua jabatan BDB dan ketua anak syarikat Kumpulan BDB bagi mengenal dengan lebih dekat serta mendapatkan input berkaitan perniagaan dan pengurusan syarikat serta jabatan masing-masing.
Dengan ini, pengurusan dan seluruh warga kerja Kumpulan BDB mengalu-alukan kedatangan YM Raja Shahreen. Diharapkan dengan pengalaman luas yang dimiliki, beliau dapat memacu syarikat ke tahap yang lebih tinggi dan mampu menjadikan Kumpulan BDB sebagai konglomerat yang gah bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa.

MAJLIS SESI BERSAMA KAKITANGAN BDB & JAMUAN MAKAN TENGAHARI

MAJLIS SESI BERSAMA KAKITANGAN BDB & JAMUAN MAKAN TENGAHARI
Foto klasik di atas meja,
Bawa memori bernostalgia,
Walau letih badan bekerja,
Dalam hati rasa bahagia.
Majlis Sesi bersama Kakitangan Bina Darulaman Berhad (BDB) dan Jamuan Makan Tengahari telah diadakan pada 20 Oktober 2022 di Lobi Menara BDB.
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk membolehkan Pengurusan atasan dan kakitangan BDB berkomunikasi serta mengiktiraf hala tuju baharu syarikat bagi memastikan pentadbiran syarikat dilaksanakan dengan betul. Pihak syarikat juga mengadakan majlis ini untuk meraikan dan memberi penghormatan kepada kakitangan Kumpulan BDB yang mendapat kenaikan pangkat.
Majlis ini turut dihadiri oleh Pengerusi BDB, Sr. Haji Che Had Dhali, Pemangku Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Mohd. Iskandar Dzulkarnain Ramli, dan juga Pengurusan Kanan serta kakitangan BDB.
Sr Haji Che Had menegaskan bahawa semangat dalam pekerjaan itu sangatlah penting dalam menghasilkan gerak kerja yang bermutu tinggi serta berkualiti.
“ Kenaikan pangkat bukan semata-mata diadakan bagi menghargai pekerja tetapi ia juga bagi memberi semangat dan motivasi kepada warga kerja yang lain,” katanya.
Sementara itu, Mohd Iskandar Dzulkarnain dalam ucapannya berkata syarikat sememangnya mementingkan serta mengambil berat tentang kesejahteraan kakitangan kumpulan BDB.
“Kumpulan BDB sekalipun baru sahaja mengharungi wabak pandemik Covid-19 yang sangat memberi kesan kepada perniagaan bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia, namun syarikat sentiasa berusaha untuk memberi yang

terbaik kepada seluruh warga kerja,” katanya.
Turut disambut juga adalah hari lahir Sr. Haji Che Had. Dengan adanya majlis seperti ini, bukan sahaja silaturahim kakitangan BDB dapat dikukuhkan lagi tetapi, kakitangan juga akan merasa lebih semangat dan bermotivasi untuk menjadi lebih produktif dalam pekerjaan mereka.
Ditulis oleh: Nour Nabilla Sabri (Komunikasi Korporat Kumpulan)