The Sun: BDB, Enfiniti Escapes to develop eco-tourism projects in Langkawi

LANGKAWI: BDB Land Sdn Bhd, a wholly owned subsidiary of Bina Darulaman Bhd (BDB), has forged a cooperation with Enfiniti Escapes (M) Sdn Bhd with the signing of a memorandum of understanding (MoU) to undertake developments for the eco-tourism sector in Langkawi.

BDB executive director Raja Shahreen Raja Othman said that under the MoU, both parties plan to form a joint venture to develop forest chalets or eco-tourism-concept developments at Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang, in Langkawi.

“The development plan is on a 4.04-hectare plot at Darulaman Sanctuary whereby BDB Land will carry out a detailed study to identify the area that will be developed while Enfiniti Escapes will focus on the overall concept as well as design development based on research implemented by BDB Land.

“To ensure that the development is in line with the objectives of conservation and sustainable environment, BDB Land will work with FRIM Incorporated Sdn Bhd to get its advisory services and expertise,” he told a press conference after the MoU signing ceremony here today.

Raja Shahreen signed on behalf of BDB Land while Enfiniti Escapes was represented by Enfiniti Group of Companies president Puan Sri Tiara Jacquelina.

Also present were Enspire Ventures chairman Tan Sri Mohd Effendi Norwawi, Langkawi district officer Mohamad Subhi Abdullah and Kedah State Development Corporation chief executive officer Datuk Isahak Murat.

Raja Shahreen said the joint-venture development is another continuing effort carried out by BDB through BDB Land to create new attractions in Langkawi which indirectly would help the state government develop the resort island.

“Hopefully, this latest joint-venture will propel the name and give value-add to Darulaman Sanctuary and Langkawi particularly involving the eco-tourism sector to local and foreign tourists,” he said.

Meanwhile, Tiara Jacquelina said the areas surrounding Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang could become the new attraction to offer to the public, similar to Tiarasa Escapes, Janda Baik in Pahang.

“My observation is that Langkawi still doesn’t have forest chalets like in Tiarasa Escapes, hence, this is a good opportunity and the concept is also different. We will study to see what eco-tourism products are suitable to be developed here,” she said.

Astro Awani: BDB Land, Enfiniti Escapes jalin kerjasama bangunkan sektor ekopelancongan di Langkawi

KUALA LUMPUR: BDB Land Sdn Bhd, anak syarikat Bina Darulaman Bhd (BDB) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Enfiniti Escapes (M) Sdn Bhd bagi bekerjasama membangunkan sektor ekopelancongan di Langkawi.
Pada majlis MoU itu, BDB Land diwakili Pengarah Eksekutif BDB, Raja Shahreen Raja Othman manakala Enfiniti Escapes (M) Sdn Bhd diwakili Presiden Enfiniti Group of Companies, Puan Sri Tiara Jacquelina.
Raja Shahreen berkata, kedua-dua pihak merancang untuk menjalinkan usaha sama bagi membangunkan ‘forest chalet’ atau pembangunan berkonsepkan ekopelancongan di Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang, Langkawi.
“Cadangan pembangunan itu adalah di kawasan seluas 4.04 hektar di Darulaman Sanctuary yang mana BDB Land akan menjalankan kajian pelan ukuran terperinci di kawasan yang akan dikenal pasti untuk dibangunkan, manakala Enfiniti Escapes akan memfokuskan konsep keseluruhan serta reka bentuk pembangunan berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan oleh pihak BDB Land.
“Bagi memastikan pembangunan tersebut sejajar dengan matlamat pemuliharaan dan kemampanan alam sekitar, BDB Land akan bekerjasama dengan FRIM Incorporated Sdn Bhd bagi mendapatkan khidmat nasihat dan kepakaran mereka,” katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani MoU itu di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Enspire Ventures, Tan Sri Mohd Effendi Norwawi; Pegawai Daerah Langkawi, Mohamad Subhi Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, Datuk Isahak Murat.
Dalam pada itu, Raja Shahreen berkata, kerjasama itu merupakan satu lagi usaha berterusan yang akan dilaksanakan BDB menerusi BDB Land bagi mewujudkan tarikan baharu di Langkawi yang mana secara tidak langsung dapat membantu kerajaan negeri membangunkan lagi pulau peranginan berkenaan.
“Dengan kerjasama terbaharu ini, diharap ia bakal melonjakkan lagi nama serta memberi nilai tambah baharu kepada Darulaman Sanctuary dan Langkawi terutamanya yang melibatkan sektor ekopelancongan kepada pelancong tempatan serta luar negara,” katanya.
Sementara itu, Tiara Jacquelina berkata, pihaknya berpendapat kawasan di Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang itu dapat menjadi daya tarikan baharu yang boleh ditawarkan kepada orang ramai, sama seperti di Tiarasa Escapes, Janda Baik di Pahang, lapor Bernama.
“Pemerhatian saya mendapati di Langkawi masih belum ada ‘forest chalet’ seperti di Tiarasa Escapes, jadi ia satu peluang yang baik dan konsepnya juga adalah berlainan. Kita akan kaji untuk lihat apa jenis produk ekopelancongan yang sesuai dibina di sini,” katanya.

Utusan Malaysia: BDB Land, Enfiniti Escapes meterai MoU

LANGKAWI: BDB Land Sdn. Bhd. (BDB Land), anak syarikat penuh Bina Darulaman Berhad (BDB) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Enfiniti Escapes (M) Sdn. Bhd. bagi pembangunan dalam sektor eko-pelancongan. Pengarah Eksekutif BDB, Raja Shahreen Raja Othman berkata, kedua-dua pihak merancang untuk membangunkan forest chalet atau pembangunan berkonsepkan eko-pelancongan di Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang, di sini.…

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

Sinar Harian: BDB Land, Enfiniti Escapes meterai MoU bangunkan forest chalet

BDB Land Sdn Bhd (BDB Land) yang merupakan anak syarikat penuh Bina Darulaman Berhad (BDB) mengumumkan kerjasama bersama Enfiniti Escapes (M) Sdn Bhd dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk pembangunan sektor ekopelancongan.

Pengarah Eksekutif BDB, Raja Shahreen Raja Othman berkata, kedua-dua pihak merancang menjalinkan usahasama bagi membangunkan forest chalet atau pembangunan berkonsepkan ekopelancongan di Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang, Langkawi.

Menurutnya, cadangan membangunkan pembangunan di kawasan seluas 4.4 hektar di Darulaman Sanctuary yang mana BDB Land akan menjalankan kajian pelan ukuran terperinci di atas kawasan yang dikenal pasti untuk dibangunkan.

“Pihak Enfiniti Escapes (M) Sdn Bhd pula akan memfokuskan dari konsep keseluruhan serta reka bentuk pembangunan berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan oleh pihak BDB Land.

“Selain itu juga, bagi memastikan pembangunan tersebut sejajar dengan matlamat pemuliharaan dan kemampanan alam sekitar, BDB Land akan bekerjasama dengan FRIM Incorporated Sdn Bhd bagi mendapatkan khidmat nasihat dan kepakaran mereka,” katanya pada Selasa.

Beliau berkata demikian selepas menandatangani MoU antara BDB Land dan Enfiniti Escapes (M) Sdn Bhd di Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang, Langkawi.

Hadir sama pada majlis berkenaan adalah Pengerusi Enspire Ventures, Tan Sri Mohd Effendi Norwawi; Presiden Enfiniti Group of Companies, Tiara Jacquelina; Pegawai Daerah Langkawi, Mohamad Subhi Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, Datuk Isahak Murat.

Dalam pada itu, Raja Shahreen berkata, perancangan usahasama ini merupakan satu lagi usaha berterusan yang akan dilaksanakan BDB menerusi BDB Land bagi mewujudkan tarikan baharu di Langkawi yang mana secara tidak langsung ia akan membantu kerajaan Kedah membangunkan pulau peranginan tersebut.

Jelas beliau, pada tahun lalu BDB Land telah mengumumkan pembangunan Perumahan Mampu Milik Aman Nusa di Bandar Kuah dan BDB Infra Sdn Bhd, yang juga anak syarikat BDB menandatangani perjanjian jualan saham di antara Gemi Puncak Sdn Bhd dan juga Gemi Puncak Quarry Sdn Bhd sekali gus menjadikan Kumpulan BDB sebagai pemilik kuari granit yang terbesar di Langkawi yang berkeluasan 24.2 hektar.

“Dengan adanya usahasama terbaharu ini, saya mengharapkan ia bakal melonjakkan lagi nama serta memberi nilai tambah baharu kepada Darulaman Sanctuary khasnya dan Langkawi amnya terutamanya melibatkan sektor ekopelancongan bukan sahaja kepada pelancong tempatan malahan juga luar negara,” ujarnya.

Tambahnya, BDB berharap untuk terus terlibat secara langsung dalam pembangunan di Langkawi serta mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak terutamanya pihak berkuasa tempatan, agensi dan jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan untuk kita bersama-sama membangunkan pulau peranginan ini.

The CEO Malaysia: BDB Land Sdn. Bhd. Collaborates with Enfiniti Escapes (M) Sdn. Bhd. To Develop Eco-Tourism at Darulaman Sanctuary, Langkawi

LANGKAWI – BDB Land Sdn. Bhd. (BDB Land), a wholly owned subsidiary of Bina Darulaman Berhad (BDB), has announced a collaboration with Enfiniti Escapes (M) Sdn. Bhd. by signing a Memorandum of Understanding (MoU) for development in the eco-tourism sector.

BDB’s Executive Director, Raja Shahreen Raja Othman, stated that with the signing of this MoU, both parties are in the planning stages to establish a partnership to develop forest chalets and other eco-tourism-concept developments at Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang, Langkawi, Kedah.

He mentioned that both parties intend to develop the project on a 10-acres area within Darulaman Sanctuary, where BDB Land will conduct comprehensive land surveys to identify the designated development areas.

“Enfiniti Escapes (M) Sdn. Bhd. will focus on the overall concept and design of the development based on studies conducted by BDB Land.

“Additionally, to ensure alignment with conservation goals and environmental sustainability, BDB Land will collaborate with FRIM Incorporated Sdn. Bhd.” he said.

He said this following the signing of a Memorandum of Understanding (MoU) between BDB Land and Enfiniti Escapes (M) Sdn. Bhd. at Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang, Langkawi, Kedah.

Present at the event were Chairman of Enspire Ventures, Tan Sri Mohd Effendi Norwawi, President, Enfiniti Group of Companies, Puan Sri Tiara Jacquelina, Langkawi District Officer, Mohamad Subhi Abdullah and Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah’s Chief Executive Officer, Dato’ Wira Isahak Murat.

Raja Shahreen further added that this collaborative plan is another ongoing effort by BDB through BDB Land to create new attractions in Langkawi, indirectly supporting the State to boost the tourism industry through the development of the island resort.

He clarified that last year, BDB Land announced the development of Affordable Housing at Aman Nusa in Bandar Kuah, and BDB Infra Sdn. Bhd., another subsidiary of BDB, signed a share sale agreement between Gemi Puncak Sdn. Bhd. and Gemi Puncak Quarry Sdn Bhd, thereby making the BDB Group the largest owner of a 60-acre granite quarry in Langkawi.

“With this latest collaboration, I anticipate that it will further elevate the profile and add new value to Darulaman Sanctuary, especially, and Langkawi in general, particularly involving eco-tourism not only for local tourists but also international visitors.

“BDB hopes to continue actively participating in Langkawi’s development and to receive good cooperation from all parties, especially local authorities, agencies, and state and federal government departments, so that together we can develop this island,” he explained.

The Star: BDB, Enfiniti in Langkawi eco-tourism partnership

LANGKAWI: BDB Land Sdn Bhd, a wholly-owned subsidiary of Bina Darulaman Bhd (BDB), has forged a cooperation with Enfiniti Escapes (M) Sdn Bhd with the signing of a memorandum of understanding (MoU) to undertake eco-tourism developments in Langkawi.

BDB executive director Raja Shahreen Raja Othman said that under the MoU, both parties planned to develop forest chalets or eco-tourism concept developments at Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang.

“The development is on a 4.04ha plot at Darulaman Sanctuary whereby BDB Land will carry out a detailed study to identify the area that will be developed while Enfiniti will focus on the overall concept and design development based on research implemented by BDB Land.

“To ensure that the development is in line with the objectives of conservation and sustainable environment, BDB Land will work with FRIM Inc Sdn Bhd to get its advisory services and expertise,” she told a press conference after the MoU signing ceremony yesterday.

At the event, Raja Shahreen signed on behalf of BDB Land while Enfiniti was represented by group president Puan Sri Tiara Jacquelina.

Also present were Enspire Ventures chairman Tan Sri Mohd Effendi Norwawi, Langkawi district officer Mohamad Subhi Abdullah and Kedah State Development Corp chief executive officer Datuk Isahak Murat.

Meanwhile, Tiara Jacquelina viewed that the areas surrounding Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang, could become the new attraction to offer to the public, similar to Tiarasa Escapes, Janda Baik in Pahang.

“My observation is that Langkawi still doesn’t have forest chalets like in Tiarasa Escapes, hence, this is a good opportunity and the concept is also different. We will study to see what eco-tourism products are suitable to be developed here,” she said.

Kedah Gazette: BDB Land, Enfiniti Escapes adakan kerjasama bangunkan eko-pelancongan Langkawi

LANGKAWI – BDB Land Sdn. Bhd. (BDB Land), anak syarikat penuh Bina Darulaman Berhad (BDB) mengumumkan untuk mengadakan kerjasama dengan Enfiniti Escapes (M) Sdn. Bhd. dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk pembangunan dalam sektor eko-pelancongan.

Pengarah Eksekutif BDB, Raja Shahreen Raja Othman berkata dengan termeterainya MoU tersebut, kedua-dua pihak merancang untuk menjalinkan usahasama bagi membangunkan forest chalet atau pembangunan berkonsepkan eko-pelancongan di Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang, Langkawi, Kedah.

Menurut beliau, cadangan untuk membangunkan pembangunan tersebut di kawasan seluas 10 ekar di Darulaman Sanctuary dimana BDB Land akan menjalankan kajian pelan ukuran terperinci di atas kawasan yang akan dikenalpasti untuk dibangunkan.

“Pihak Enfiniti Escapes (M) Sdn. Bhd. pula akan memfokuskan dari konsep keseluruhan serta reka bentuk pembangunan berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan oleh pihak BDB Land.

“Di samping itu juga, bagi memastikan pembangunan tersebut sejajar dengan matlamat pemuliharaan dan kemampanan alam sekitar, BDB Land akan bekerjasama dengan FRIM Incorporated Sdn. Bhd. bagi mendapatkan khidmat nasihat dan kepakaran mereka,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata demikian selepas menandatangani MoU antara BDB Land dan Enfiniti Escapes Sdn. Bhd. di Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang, Langkawi, Kedah.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Pengerusi Enspire Ventures, Tan Sri Mohd Effendi Norwawi, Presiden, Enfiniti Group of Companies, Puan Sri Tiara Jacquelina, Pegawai Daerah Langkawi, Mohamad Subhi Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, Dato’ Wira Isahak Murat.

Tambah Raja Shahreen lagi, perancangan usahasama ini merupakan satu lagi usaha berterusan yang akan dilaksanakan BDB menerusi BDB Land bagi mewujudkan tarikan baharu di Langkawi yang mana secara tidak langsung ianya akan membantu Kerajaan Negeri Kedah membangunkan pulau peranginan tersebut.

Jelas beliau, pada tahun lalu BDB Land telah mengumumkan pembangunan Perumahan Mampu Milik Aman Nusa, di Bandar Kuah dan BDB Infra Sdn. Bhd., yang juga merupakan anak syarikat BDB menandatangani perjanjian jualan saham di antara Gemi Puncak Sdn. Bhd. dan juga Gemi Puncak Quarry Sdn. Bhd., dan sekaligus menjadikan Kumpulan BDB sebagai pemilik kuari granit yang terbesar di Langkawi yang berkeluasan 60 ekar.

“Dengan adanya usahasama terbaharu ini, saya mengharapkan ianya bakal melonjakkan lagi nama serta memberi nilai tambah baharu kepada Darulaman Sanctuary khasnya dan Langkawi amnya terutamanya melibatkan sektor eko-pelancongan bukan sahaja kepada pelancong tempatan malahan juga luar negara.

“Dengan ini, BDB sebagai anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah berharap untuk terus terlibat secara langsung dalam pembangunan di Langkawi serta mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak terutamaanya pihak berkuasa tempatan, agensi dan jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk kita bersama-sama membangunkan pulau peranginan ini,” jelasnya.