KUMPULAN BDB SUMBANGKAN 50 BEG SEKOLAH UNTUK DISALURKAN KEPADA PELATIH-PELATIH YANG MEMERLUKAN DI SEKITAR KOTA SETAR

KUMPULAN BDB SUMBANGKAN 50 BEG SEKOLAH UNTUK DISALURKAN KEPADA PELATIH-PELATIH YANG MEMERLUKAN DI SEKITAR KOTA SETAR

Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah menyumbangkan sebanyak 50 beg sekolah untuk disalurkan kepada pelatih-pelatih yang memerlukan di sekitar Kota Setar hasil kerjasama Malaysian Grassroots League LLP (MGL).

Untuk makluman, MGL merupakan satu entiti sukan yang bertanggungjawab membangunkan dan mempromosikan sukan-sukan di peringkat akar umbi, terutamanya melibatkan pembangunan sukan bola sepak dan sukan berbasikal dari umur 7 hingga 17 tahun.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Eksekutif Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Syaheer Luqman Zahir kepada Ketua Jurulatih Pusat NFDP Kedah, Ripidi Ahmad bertempat di Menara BDB, Alor Setar, Kedah.

Di samping itu, agihan beg tersebut akan diedarkan kepada para pelatih Sekolah Kebangsaan Iskandar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Omar, Alor Setar yang diklasifikasikan sebagai “memerlukan” dan pemilihan tersebut akan dilakukan oleh pihak MGL.

Diharap dengan sumbangan tersebut dapat menyuntik motivasi pelajar-pelajar untuk terus cemerlang di dalam sukan yang diceburi.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement
#BDBCares

KUMPULAN BDB SUMBANG JUADAH BERBUKA PUASA KEPADA PERKIM KEDAH

KUMPULAN BDB SUMBANG JUADAH BERBUKA PUASA KEPADA PERKIM KEDAH

Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah menyumbangkan juadah berbuka puasa kepada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kedah, selama dua hari pada 10 & 11 April 2022 bersamaan 9 & 10 Ramadan 1443H di Alor Setar, Kedah.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed dan turut diiringi oleh Eksekutif Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Syaheer Luqman Zahir.

Untuk rekod, sumbangan juadah berbuka yang berupa pek makanan tersebut adalah untuk anak-anak yatim dan kakitangan yang bekerja di PERKIM Kedah.

Di samping itu, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed berbesar hati menyampaikan hadiah hari ulangtahun kepada Farah Nabila Huda Azizan dan Mohd Amirudin Zamri. Dengan pemberian hadiah itu diharap dapat memberi keceriaan dan semangat kepada mereka.

Diharap sumbangan juadah berbuka puasa tersebut dapat meringankan beban kepada PERKIM dalam menyambut bulan Ramadan yang mulia ini.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement
#BDBCares

BDB LAND SUMBANG BARANGAN MAKANAN KEPADA MASJID UNTUK GOLONGAN YANG KURANG BERKEMAMPUAN

BDB LAND SUMBANG BARANGAN MAKANAN KEPADA MASJID UNTUK GOLONGAN YANG KURANG BERKEMAMPUAN

Bersempena bulan ramadan pada kali ini, Kumpulan Bina Darulaman Berhad melalui anak syarikat BDB Land turut tidak melepaskan peluang untuk menyalurkan sumbangan barangan makanan kepada Masjid Al-Ikhlas, Taman Tunku Sarina Jitra, Kedah.

Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Ketua Divisyen, Bahagian Hartanah & Leisure, Zawawi Wahab di pejabat BDB Land.

Diharapkan dengan sumbangan barangan makanan tersebut dapat meringankan beban penerima-penerima untuk menyambut Ramadan pada tahun ini.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement
#BDBCares