KUNJUNGAN HORMAT DAN TAKLIMAT OPERASI BDB KEPADA PEGAWAI KEWANGAN NEGERI KEDAH

 
Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan sesi kunjungan hormat dan taklimat berkenaan operasi syarikat kepada Yang Berhormat Dato’ Dr. Nadzman bin Mustaffa, DSDK., S.D.K., A.M.K., B.C.K., Pegawai Kewangan Negeri Kedah, bertempat di Pejabat Kewangan Negeri Kedah, Wisma Darul Aman.
Delegasi BDB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Encik Che Abdul Khalid Md Din dan turut disertai oleh Head of Business Development, Encik Ts. Zawawi Wahab.
Sesi ini memberi penerangan mengenai struktur operasi Kumpulan BDB, termasuk peranan syarikat serta anak-anak syarikat di bawah Kumpulan BDB, di samping aktiviti perniagaan yang dijalankan.
Di samping itu, sesi tersebut turut menjadi platform untuk bertukar pandangan serta memperkukuh hubungan strategik antara BDB dan Pejabat Kewangan Negeri Kedah dalam menyokong agenda pembangunan negeri, khususnya dalam aspek pelaburan, pengurusan aset dan pembangunan ekonomi yang mampan.

KUNJUNGAN HORMAT DAN TAKLIMAT OPERASI BDB KEPADA YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KUBANG PASU

  
Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan kunjungan hormat dan sesi taklimat operasi kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP), Encik Junaidi Abdul Rani @ Abdul Ghani bagi memperkukuh hubungan strategik serta membincangkan pembangunan di daerah Kubang Pasu.
Delegasi BDB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Encik Che Abdul Khalid Md Din, bersama Ketua Bahagian Hartanah, Encik Helmi Azarudin Harun.
Sesi tersebut memberi penerangan mengenai struktur dan operasi Kumpulan BDB, termasuk peranan dan aktiviti perniagaan anak-anak syarikat serta pembangunan hartanah yang sedang dan akan dilaksanakan di daerah Kubang Pasu.
Pertemuan ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan serta memperkukuh hubungan strategik antara BDB dan MPKP dalam menyokong perancangan pembangunan, meningkatkan nilai pembangunan hartanah, dan mewujudkan kehidupan yang mampan demi manfaat masyarakat di daerah Kubang Pasu.