Bernama (BM): BDB Infra Peroleh Kontrak Penyelenggaraan Jalan Negeri Bernilai RM251.65 Juta

BDB Infra Peroleh KontrakPenyelenggaraan Jalan Negeri Bernilai RM251.65 Juta

ALOR SETAR, 20 Mei (Bernama) — BDB Infra Sdn Bhd (BDB Infra) yang juga anak syarikat milik penuh Bina Darulaman Bhd (BDB)memperoleh kontrak penyelenggaraan jalan negeri bernilaiRM251.65 juta daripada kerajaan Kedah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB Che Abdul Khalid Md Dinberkata kontrak bagi tempoh lima tahun itu melibatkan kerja-kerjapenyelenggaraan jalan di Zon 1 yang merangkumi daerah KotaSetar, Kubang Pasu, Padang Terap dan Pokok Sena.

“Penganugerahan kontrak itu mencerminkan keyakinan berterusankerajaan negeri Kedah

terhadap keupayaan dan kredibiliti BDB Infra dalam melaksanakan projek penyelenggaraan infrastruktur secara cekap, berkualiti dan konsisten.

“Penganugerahan itu merupakan satu pengiktirafan bermakna kepada Kumpulan BDB dan BDB Infra atas pengalaman serta rekod prestasi kami dalam sektor penyelenggaraan dan pembinaan jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata BDB komited memastikan projek itu dilaksanakan mengikut spesifikasi dan standard ditetapkan demi menjamin keselamatan serta keselesaan pengguna jalan raya di negeri ini.

“Kontrak tersebut dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan prestasi kewangan Kumpulan BDB bagi tempoh kewangan 2026 hingga 2031, sekali gus memperkukuh keyakinan pemegang taruh dan pelabur terhadap prospek pertumbuhan syarikat.

“Projek itu turut dijangka memberi impak positif kepada pembangunan infrastruktur negeri serta memacu aktiviti ekonomi setempat melalui peluang pekerjaan dan penglibatan rantaian bekalan tempatan,” katanya.

BDB Infra merupakan kontraktor Gred G7 yang mempunyai pengalaman dan rekod kerja yang cemerlang lebih 50 tahun dalam pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembinaan jalan raya serta operasi kuari di utara tanah air.

Bagi tempoh 10 tahun sejak 2015, BDB Infra telah menerima kontrak penyelenggaraan jalan daripada kerajaan negeri Kedah secara berterusan merangkumi beberapa daerah di negeri ini.

https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2559404/

NST: Bina Darulaman unit bags RM251.65mil Kedah road maintenance job

Bina Darulaman unit bags RM251.65mil Kedah road maintenance job

KUALA LUMPUR: Bina Darulaman Bhd’s (BDB) subsidiary BDB Infra Sdn Bhd has secured a RM251.65 million state road maintenance contract from the Kedah state government.

The 60-month (five-year) contract involves road maintenance works in Zone 1, covering the districts of Kota Setar, Kubang Pasu, Padang Terap and Pokok Sena.

BDB group chief executive officer Che Abdul Khalid Md Din said the award reflects the

The Kedah state government’s continued confidence in BDB Infra’s capability and credibility in delivering infrastructure projects efficiently, consistently and with high-quality standards.

“This contract award is a meaningful recognition for BDB and BDB Infra, reflecting our extensive experience and proven track record in the road maintenance and construction sector.

“BDB remains committed to ensuring the project is implemented in accordance with the required specifications and standards to enhance the safety and comfort of road users in Kedah,” he said in a statement today.

He said the contract is expected to contribute positively to the group’s earnings and financial performance from 2026 to 2031 while boosting confidence in its long-term growth prospects.

According to him, the project is also expected to generate positive spillover effects on the

state’s infrastructure development and stimulate local economic activities through employment opportunities and participation from local supply chain players.

BDB Infra is a Grade G7 contractor with more than 50 years of experience in road maintenance and construction works, as well as quarry operations in the northern region of Peninsular Malaysia.

BDB Infra has continuously secured road maintenance contracts from the Kedah state government since 2015, covering several districts statewide.

Over a 10-year period since 2015, BDB Infra has continuously received road maintenance contracts from the Kedah state government, covering several districts across the state.

https://www.nst.com.my/business/corporate/2026/05/1444032/bina-darulaman-unit-bags-rm25165mil-kedah-road-maintenance-job

 

KUNJUNGAN HORMAT DAN TAKLIMAT OPERASI BDB KEPADA TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH (PEMBANGUNAN)

Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan sesi kunjungan hormat dan taklimat berkenaan operasi syarikat kepada Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Fauzi Mustaffa, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), bertempat di Wisma Darul Aman.
Delegasi BDB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Encik Che Abdul Khalid Md Din dan turut disertai oleh Ketua Pembangunan Perniagaan, Encik Ts. Zawawi Wahab.
Sesi ini memberi penerangan mengenai struktur operasi Kumpulan BDB, termasuk peranan syarikat dan anak-anak syarikat serta aktiviti perniagaan yang dijalankan.
Dalam masa yang sama, sesi tersebut menjadi platform untuk berkongsi pandangan bagi memperkasa peranan Kumpulan BDB dalam menyokong pembangunan di Negeri Kedah.