Bina Darulaman Berhad (BDB) mengadakan dua sesi perbincangan penting bagi mengukuhkan kerjasama strategik bersama rakan-rakan utama di Kedah.
- Sesi bersama SME Corporation Kedah

Perbincangan oleh Pengarah SME Corp Kedah, Encik Mohamed Zulfikar Ibni Mohamed Nazri, dengan fokus kepada peluang penyewaan premis serta penjajaran operasi yang boleh menyokong pembangunan ekosistem PKS di negeri ini.
- Sesi bersama pengurusan Darulaman Aset Sdn Bhd (DASB)

Sesi bersama Puan Khamariah Mohd Fisol bersama barisan pegawai kanan DASB, menyentuh hal pembangunan strategik, pembangunan perniagaan dan pengurusan bangunan.
Delegasi BDB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Encik Che Abdul Khalid Md Din, bersama Chief People Officer, Encik Mohd Taufik Abdullah.



