BDB AGIH BUBUR LAMBUK KEPADA KOMUNITI

 

Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) meneruskan tanggungjawab sosial korporat kepada komuniti (CSR) di Daerah Kota Setar dan Kubang Pasu dengan menyumbang serta mengagihkan bubur lambuk kepada masjid dan surau terpilih bersempena bulan Ramadan tahun ini.

Program CSR tersebut bermula pada 12 Mac sehingga 5 April 2024 melibatkan Masjid Nurul Ehsan, Kampung Kubang Rotan serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah di Daerah Kota Setar serta Masjid Al Amin Kampung Cherok Mokkan, Masjid Al Falah, Felda Guar Napai, Masjid Jamek Ar-Rahman, Kampung Kepala Batu dan Surau Darul Hanna, Kampung Tanjung Kapur di Daerah Kubang Pasu.

Sumbangan tersebut diserahkan sendiri oleh Kumpulan BDB kepada Jemaah serta ahli-ahli kariah di mana sedikit-sebanyak dapat membantu mereka menyediakan juadah berbuka puasa.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#spiritofachievement