KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI DAN PENGURUSAN KANAN KUMPULAN BDB KE PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH

KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI DAN PENGURUSAN KANAN KUMPULAN BDB KE PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH

ALOR SETAR – Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Haji Norizan Ghazali telah menerima kunjungan hormat dari Delegasi Bina Darulaman Berhad (BDB) yang diketuai oleh Pengerusi BDB, Sr Haji Che Had Dhali di Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, YM Raja Shahreen Raja Othman dan Ketua Pegawai Korporat Kumpulan BDB, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli.
Kunjungan ini merupakan kunjungan rasmi pertama oleh Pengerusi BDB ke atas Dato’ Haji Norizan Ghazali yang dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah pada 24 Ogos lalu.
Pertemuan ringkas ini bertujuan untuk mengenalpasti peluang-peluang kerjasama di antara Kumpulan BDB bersama Kerajaan Negeri Kedah dalam membantu pentadbiran negeri menaik taraf prasarana serta kawasan perumahan mampu milik kepada rakyat di negeri ini.
Dalam sesi lawatan tersebut, Sr Haji Che Had juga diberi taklimat berkenaan pentadbiran kerajaan negeri kedah, visi & misi dan perancangan negeri yang dirangka bagi memenuhi hasrat kerajaan dalam menuju ke arah negeri yang lebih stabil, berkembang dan berdaya saing serta memberi pelbagai faedah kepada rakyat.
Diharapkan dengan lawatan dan pertemuan ini akan membuahkan inisiatif yang positif buat Kumpulan BDB dan juga kerajaan negeri Kedah khasnya.