BDB JITRA HALF MARATHON 2022

BDB JITRA HALF MARATHON 2022
BDB Jitra Half Marathon 2022 anjuran anak syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB), BDB Leisure Sdn Bhd (BDB Leisure) telah berlangsung dengan jayanya pada 8 Oktober 2022 bertempat di Darulaman Park, Bandar Darulaman, Jitra, Kedah.
Majlis dihadiri oleh Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli, Ketua Divisyen, Bahagian Hartanah & Leisure, Zawawi Wahab, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed dan pengurusan kanan BDB.
Acara tersebut merupakan yang larian kedua yang dianjurkan BDB Leisure selepas penganjuran Darulaman Fun Run 2022 pada 25 Jun 2022 lalu.
Selain itu, BDB Jitra Half Marathon 2022 menyaksikan lebih 1,500 peserta dari pelbagai seluruh pelusuk negara dan peringkat umur menyertai acara tersebut yang dibahagikan kepada tiga kategori larian iaitu 21 kilometer (KM), 10KM dan 5KM.
Sementara itu, pada hari yang sama turut berlangsungnya sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Kedah di Darulaman Park, Jitra di mana sambutannya dijalankan serentak di seluruh negara yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan, Seni dan Budaya, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Mohd Firdaus Ahmad.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Norizan Khazali, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Dato’ Halimaton Shaadiah Saad, Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam, Azhar Ibrahim.
Mohd Firdaus berkata HSN 2022 mendapat sambutan yang amat memberangsangkan oleh rakyat negeri Kedah dalam menjadikan amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian dapat diterapkan.
Pelbagai aktiviti telah dianjurkan HSN 2022 ini antaranya ‘Jitra Half Marathon’ yang dianjurkan oleh BDB Leisure, sepak penalti untuk bawah 12 tahun, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, pertandingan perahu panjang, pertunjukan bomba dan penyelamat, booth pameran anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dan penyampaian hadiah serta cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir.
Pihak BDB mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian pada BDB Jitra Half Marathon 2022 pada kali ini serta mengikuti perkembangan semasa mengenai anjuran acara sukan dan aktivit-aktiviti semasa anjuran BDB.