BDB terima penarafan MARC-21S | UTUSAN MALAYSIA | Ekonomi, Muka surat 35 | 18 Ogos 2022
BDB raih penarafan MARC-2IS Nota Komersial Islamik RM100j | BERITA HARIAN | Bisnes, Muka surat 25 | 18 Ogos 2022
MARC sahkan penarafan ICP BDB | SINAR HARIAN | Bisnes, Muka surat 29 | 18 Ogos 22
MARC sahkan penarafan ICP BDB | SINAR HARIAN | Bisnes, Muka surat 29 | 18 Ogos 22
KOMUNIKASI KORPORAT KUMPULAN BDB MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE MALAYSIA GAZETTE
KOMUNIKASI KORPORAT KUMPULAN BDB MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE MALAYSIA GAZETTE
Komunikasi Korporat Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah melakukan satu kunjungan hormat ke pejabat akhbar Malaysia Gazette bertempat di Sungai Besi, Kuala Lumpur pada hari Rabu, 17 Ogos 2022.
Lawatan yang diketuai oleh Sajahan Abdul Waheed, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB ini adalah bertujuan untuk bertanya khabar dan mengeratkan silaturrahim antara pihak BDB dan pihak Malaysia Gazette sempena sambutan ulang tahun Malaysia Gazette yang ke-9 pada baru-baru ini.
Mengiringi Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed adalah Eksekutif Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Danial Harith dan Muhammad Syaheer Luqman.
Kunjungan BDB telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Gazette, Noraini Abdul Razak, Pengurus Besar Pemasaran & Acara, Chloe H.B. Siao dan Eksekutif Bahagian Pemasaran, Alya Musa yang dibawa melawat sekitar pejabat Malaysia Gazette dan turut mengadakan satu perbincangan ringkas.
Pihak Bina Darulaman Berhad ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Malaysia Gazette yang terlibat dalam membantu BDB dalam menyampaikan perkembangan aktiviti-aktiviti serta projek-projek pembangunan BDB khususnya di negeri Kedah kepada masyarakat sehingga hari ini.
MARC sahkan penarafan ICP BDB | SINAR HARIAN | Bisnes, Muka surat 29 | 18 Ogos 22
MARC sahkan penarafan ICP BDB | SINAR HARIAN | Bisnes, Muka surat 29 | 18 Ogos 22