MAJLIS PENANAMAN POKOK SEMPENA SAMBUTAN HARI HUTAN ANTARABANGSA PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2022

MAJLIS PENANAMAN POKOK SEMPENA SAMBUTAN HARI HUTAN ANTARABANGSA PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2022

Sekitar majlis penanaman pokok Sempena Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Kedah tahun 2022 pada hari Ahad 17 Julai 2022 bertempat di Darulaman Park, Jitra.

Sultan Kedah Kebawah Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Salehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mencemar duli hadir ke majlis tersebut seterusnya menjayakan Program Penghijauan Malaysia, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas.

Keberangkatan Tuanku Sultan diiringi oleh Menteri Besar YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Noor.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Paduka Ammar Dato’ Shaikh Mahmood Naim, Pegawai Daerah Kubang Pasu, Dato’ Haji Muhamad Arof Darus, Pengerusi Eksekutif Bina Darulaman Berhad, Sr Haji Che Had Dhali dan Pengarah Perhutanan Negeri, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Muhammad Abdullah.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement

MAJLIS PENYERAHAN WANG ZAKAT ASNAF SMK KHIR JOHARI

MAJLIS PENYERAHAN WANG ZAKAT ASNAF SMK KHIR JOHARI

Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengambil inisiatif dengan menyerahkan wang zakat asnaf sebanyak RM10,000.00 yang diperuntukkan untuk diagihkan kepada 100 pelajar SMK Khir Johari (SMKKJ) yang layak.

Wang zakat asnaf tersebut diserahkan oleh Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB Sajahan Abdul Waheed yang mewakili Pengerusi Eksekutif Kumpulan BDB, Sr Haji Che Had Dhali yang bertempat di Dataran Sumur, SMKKJ.

Diharapkan usaha yang dilakukan oleh BDB dapat meringankan beban para pelajar di samping menyuntik semangat mereka untuk terus cemerlang bukan sahaja di dalam bidang akademik tetapi juga kokurikulum.

Di samping itu, Kumpulan BDB akan terus mengadakan program-program pengagihan wang zakat seperti ini untuk membantu golongan asnaf di seluruh negeri Kedah bagi mengurangkan beban perbelanjaan tatkala situasi ekonomi yang semakin mencabar.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement
#BDBCares