BINA DARULAMAN BERHAD DIJEMPUT HADIR KE MALAM KFA 2022

BINA DARULAMAN BERHAD DIJEMPUT HADIR KE MALAM KFA 2022

Pada 28 Mei 2022, Bina Darulaman Berhad (BDB) telah dijemput ke Makan Malam Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) 2022 diketuai oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan BDB, Sr Haji Che Had Dhali pada majlis yang berlangsung di The Danna, Langkawi, Kedah.

Turut hadir bersama pada majlis tersebut ialah Pemangku Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Mohd Sobri Hussein, Ketua Pegawai Korporat, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli, Ketua Divisyen Hartanah & Leisure, Zawawi Wahab, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan, Sajahan Abdul Waheed dan Pengarah Projek Langkawi Premium Outlet (LPO), Adnan Mohd Amer.

Majlis tersebut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah merangkap Presiden KFA, Ahli Jawatankuasa Eksekutif KFA, Ahli Gabungan KFA, syarikat-syarikat Korporat, kakitangan KFA serta bekas pemain pasukan Kedah.

Di samping itu, Malam KFA itu juga merupakan acara mengumpul dana untuk menjayakan projek khas 100 Tahun KFA (1924-2024) bagi mempersiapkan sebuah bangunan pengurusan dan pentadbiran yang baru dinamakan ‘House Of Kedah Football’.

Dalam pada itu, sebagai antara penyumbang kepada projek berkenaan, Sr. Haji Che Had Dhali mewakili BDB menerima plak penghargaan daripada KFA yang disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor.

BDB mengucapkan selamat maju jaya kepada KFA di atas perancangan yang dirancang khususnya pembangunan bola sepak di negeri kedah dari peringkat akar umbi tercapai.

#Kedah
#BiarJasaJadiKenangan
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) KE-27

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) KE-27

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Bina Darulaman Berhad (BDB) ke-27 telah berlangsung dengan jayanya di VE Hotel & Residence, Bangsar South City, Kuala Lumpur.

Mesyuarat yang berlangsung selama sejam itu diadakan secara fizikal dan juga atas talian dan diketuai oleh Pengerusi Eksekutif BDB, Sr Haji Che Had Dhali, ahli-ahli lembaga pengarah, para pemegang saham, tetamu jemputan serta Pengurusan Kanan BDB.

Antara agenda mesyuarat adalah pembentangan Laporan Tahunan 2021, perancangan strategik masa hadapan serta beberapa perkara yang dibangkitkan serta dibincangkan sebentar tadi.

Proses pengundian bagi beberapa agenda yang dibentangkan turut diadakan dan keputusan pengundian diumumkan kepada pemegang saham yang hadir atas talian.

Sesi soal jawab di antara Ahli Lembaga Pengarah dan para pemegang saham diadakan secara atas talian dan kemudiannya dijawab oleh Sr Haji Che Had Dhali dan juga Pengurusan Kanan BDB.

AGM ini juga diadakan mengikut ini turut memenuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi meneruskan usaha menangani wabak Covid-19 tatkala Malaysia berada dalam fasa peralihan ke endemik.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement
#AGM27